• Jabatan Meteorologi Malaysia Jabatan Meteorologi Malaysia
1 / 1
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori pertama di beberapa kawasan perairan di Kelantan, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak berterusan sehingga Jumaat.

Keadaan itu dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini.

Selain itu, ribut petir di perairan Kelantan, Terengganu dan Sarawak (Kuching, Mukah dan Rejang) dijangka berterusan sehingga petang ini dan dijangka menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter. - Bernama