• Foto Bernama Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan dikeluarkan pada 26 November. 
    
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari tersebut.
   
Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2014 melalui mySMS 15888 dengan perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi hari yang sama dan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam, 2 Disember.
    
Sejumlah 473,175 calon menduduki UPSR di 8,299 pusat peperiksaan di seluruh negara. - Bernama