• Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media selepas keluar dari mahkamah. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media selepas keluar dari mahkamah. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
1 / 1
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menemui penyokongnya setelah habis perbicaraan akhir rayuan kes liwatnya, di bawah khemah di hadapan Istana Kehakiman di sini pada pukul 7.10 malam ini.

Beliau dilihat menyampaikan maklumat terkini prosiding kesnya itu kepada para penyokong dengan menggunakan pembesar suara, selama setengah jam ketika hujan lebat di sini.

Namun suasana terkawal dan penyokong Anwar bersurai 15 minit kemudian. Hari ini, pihak pembelaan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram menggulung hujahan pembelaan.

Pasukan pembelaan mengambil masa tiga hari untuk melakukan hujahan di Mahkamah Persekutuan bagi membebaskan Anwar, 67, daripada sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari, 27.

Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, juga mengambil masa tiga hari untuk mengemukakan hujahan balas pihak pembelaan.

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama