Azmin nafi tidak bantu penduduk
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan
bahawa kerajaan negeri tidak menghulur bantuan membaiki bumbung
pangsapuri Taman Permai Indah di Pandamaran, Klang yang rosak akibat
ribut taufan pada 21 Oktober lalu.
Beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM880,000 bagi kerja-kerja membaik pulih bumbung rumah penduduk yang rosak sejurus selepas kejadian berkenaan.
"Cuma kerja-kerja ini membabitkan dua fasa, sebelum kita baiki bumbung kita kena baiki tangki air rumah penduduk dulu.

"Kita tidak mahu apabila bumbung dah dipasang kemudian kena buka balik
untuk perbaiki tangki air," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
mesyuarat bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri di sini, hari ini.
Semalam, seramai 1,000 penduduk pangsapuri Taman Permai Indah berkumpul
dan mengadakan bantahan terhadap kerajaan negeri kerana masih belum
menghulur bantuan tersebut.
Penduduk mendakwa kerajaan negeri tidak mengendahkan aduan mereka.
Mengulas mengenai calon timbalan speakar Dun Selangor, Mohamed Azmin
berkata, perkara itu akan diumumkan pada persidangan dewan 24 November
ini.
"Proses pencalonan telah tamat hari ini dan perkara itu akan
dibentangkan pada sidang Dun 24 November, jadi tunggulah," katanya.
Jawatan timbalan speaker akan diisi Adun Pas setelah penjawatnya
sebelum ini Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai anggota exco negeri. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment