Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, November 3, 2014

Utusan Ucap Tahniah Kepada Pas Kerana Lari Dari Anwar

 

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mengucapkan tahniah kepada PAS kerana menjauhkan diri daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak seperti sokongan yang pernah ditunjukkan sebelum ini.

Awang Selamat, nama pojokan yang mewakili pengarang akhbar edisi Ahad itu berkata, pendirian PAS jelas tidak bersekongkol dengan mereka yang memperjuangkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang selama ini mendokong Anwar dalam mempertahankan hak asasi manusia.

“Satu lagi isyarat yang kuat daripada kepimpinan PAS bahawa parti itu bukan pak turut dan menjadi alat Anwar.

“Awang ucap tahniah kepada PAS kerana menjauhkan diri daripada terpalit menyokong Anwar sebagaimana yang menjadi kekuatan dalam banyak demonstrasi sebelum ini.

“Lebih-lebih lagi, PAS dilihat tidak mahu bersekongkol dan sealiran dengan badan LGBT yang bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar dalam kes tersebut atas nama hak asasi dan kebebasan seks," katanya dalam akhbar Mingguan Malaysia.

Awang Selamat berkata, bukan sahaja PAS yang bersikap dingin terhadap Anwar, malah penyokongnya sendiri yang semakin berkurangan hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya di mana perbicaraan berlangsung di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, ia mesej jelas kepada Anwar yang menunjukkan masyarakat, terutamanya generasi muda, tidak lagi ghairah memberi sokongan kepadanya.

“Bukan sahaja PAS, DAP juga seperti tidak peduli, mengukuhkan lagi teori yang Anwar makin menjadi liabiliti sama ada menang atau kalah dalam kes mahkamah itu nanti.

“Lebih mengejutkan, dalam kalangan PKR sendiri, reaksi sokongan amat hambar seolah-olah dalam diam mengetahui hakikat siapa sebenarnya Anwar.

“Kalau sekadar 100 orang yang hadir, apa maknanya? Mana ahli dan penyokong PKR yang selama ini taksub kepada beliau?" katanya.

Awang Selamat berkata harapan Anwar untuk menghimpunkan ratusan ribu penyokongnya sebagaimana demonstrasi ala Hong Kong juga tidak kesampaian.

“Orang ramai lebih teruja dengan demam perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia berbanding isu peribadi yang menyentuh akhlak dan moral pemimpin PKR itu.

“Di sebalik pelbagai usaha dan gerakan membakar sentimen rakyat agar menyertai demostrasi di perkarangan mahkamah, jumlah yang hadir tidak ramai, malah makin berkurangan hari demi hari," katanya.

- tmi



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.