PR, BN, SPR perlu bincang persempadanan semula
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan parti-parti politik
khususnya Barisan Nasional (BN) serta anggota parti pakatan perlu duduk
semeja berbincang memperincikan isu-isu berbangkit dalam kajian
persempadanan semula kawasan pilihan raya, demikian menurut Ahli
Parlimen pembangkang.
Bagi parti pembangkang; khususnya gabungan pakatan Pas, PKR dan DAP, perbincangan bersama itu penting untuk membolehkan proses persempadanan semula yang dicadangkan mendapat sokongan majoriti dua pertiga anggota Dewan Rakyat.
Daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen, BN memegang 134 kerusi manakala gabungan pakatan - DAP, Pas, PKR dan PSM - memiliki 88 kerusi.
Beberapa pemimpin parti pakatan melahirkan harapan agar perbincangan dapat diadakan bagi mewujudkan keadilan dan keseimbangan representasi wakil rakyat dengan penduduk di semua bahagian.
Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw daripada DAP berkata, pihaknya menerima keperluan kajian untuk mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya memandangkan ia termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 113 (2) (ii).
Menurut peruntukan, urusan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya dibuat dalam tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu.
"Apabila kita buat (persempadanan semula) ini, kita mesti berhati-hati supaya berlaku adil dan saksama supaya semua pihak boleh terima. Kalau nak 100 peratus orang setuju, itu adalah mustahil tapi sekurang-kurangnya sebahagian besar setuju dengan kaedah yang diambil," katanya.- Bernama .

2 orang berkata:
dap dah tentu bersetuju jika sekiranya pertambahan kerusi berlaku dikawasan bandar. Kerana kerusi bandar undi penetu atau majoriti adalah cina. So mca atau gerakan atau DAP akan menang kawasan itu. Dan twntu suara cina akan bertambah.
Adakah Pas atau umno akan turut bersetuju.
SPr perlu dan wajib menambah kerusi dikawasan majoriti melayu. Tak kira lah siapa bakal menang, Pas atau Umno.
Tentunya semua mp melayi islam dan bumiputra borneo akan bersetuju. Masa terbaik untok Pas, Umno dan bumiputra birneo bersatu dalam menjamin kuasa politik melayu terus kekal.
semoga sukses selalu dengan blognya :)
Post a Comment