• Anwar Ibrahim - Foto AFP 
  •  Anwar Ibrahim - Foto AFP
1 / 1
PUTRAJAYA - Rayuan terakhir kes liwat II melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki keenam hari ini.

Ketua Pendakwa, Tan Sri Shafiee Abdullah akan menyambung hujahan balas berkenaan dengan isu DNA yang dibangkitkan oleh peguam bela.

Pada Jumaat lalu, mahkamah menetapkan prosiding berlangsung sehingga hari ini sebelum lima panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria membuat keputusan.

Mahkamah dijangka mula bersidang pada jam 9 pagi.