Dun Kelantan sedang bahas pindaan Kanun Syariah II
- Antara media yang sedang mendengar sesi perbahasan pindaan Kanun Syariah II hari ini. - Foto Sinar Harian oleh MOHD ZAlLANI ABD RAHMAN
KOTA BHARU - Setelah melalui polemik politik berpanjangan, Kerajaan
Kelantan akhirnya membentangkan pindaan enakmen Kanun Syariah II di Dun
hari ini.
Ia dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kira- kira jam 11 pagi dan mengambil masa 40 minit.
Antara intipati yang utama dalam pindaan ini adalah pemakaian kanun ini hanya kepada orang Islam yang melakukan kesalahan di negeri Kelantan.
Pindaan ini telah dibuat daripada peruntukkan asal yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam untuk memilih undang-undang itu ke atas mereka.
Adun Kerajaan dan Pembangkang ketika ini diberi peluang untuk berbahas dan dijangka diluluskan sama ada petang ini atau esok.
Selepas ia diluluskan, rang undang-undang ini akan digelar Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015.
Turut hadir menyaksikan pembentangan dibuat adalah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

2 orang berkata:
Dadanya bergetar sbb syaitan yg mendiami didadanya panas dan kecewa apabila undang2 allah terlaksana.
Betul... Dadanya berdebar debar,selepas lafaz hudud dibentangkan di dewan yg mulia ini,dimana fahaman liberal tidak boleh lena dari tidur dan bangun dari termimpi ngeri apabila undang2 allah akan dilaksana disebuah negeri yg dipenuhi rahmat...insyaallah...
Post a Comment