Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIASA LA TU ......

JIKA ORANG BUKAN ISLAM TAK MAHU SOKONG BUKAN SUATU YANG MENGHAIRANKAN, SEJAK DARI ZAMAN NABI LAGI ORANG YANG BUKAN ISLAM TAK SUKA DENGAN ISLAM, BUKAN SETAKAT ORANG BUKAN ISLAM TAPI ORANG YANG MENGAMALKAN SEMANGAT BANGSAPUN TAK SUKA KEPADA ISLAM, APA YANG PAS PERLU BUAT IALAH CARILAH ORANG ISLAM UNTUK MENYOKONG PERJUANGAN ISLAM, JIKA MEREKA TAK MAHU SOKONG MAKA SURUH SAHAJA MEREKA  JANGAN JADI ISLAM, KELEMAHAN ORANG ISLAM SEBAB SUKA SUJUD KEPADA ORANG BUKAN ISLAM SEBAGAIMANA YANG BERLAKU DAHULU DAN SEKARANG - Pak Karamu

 

Friday, March 13, 2015

Sokongan bukan Islam pada PAS merosot'

Sokongan Bukan Islam Terhadap PAS Merudum... Penyelesaiannya?

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui sokongan bukan Islam terhadap parti itu membimbangkan ketika ini ekoran pelbagai isu yang melanda termasuk kemelut dalaman dan hudud. Sekarang, katanya, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum lalu apabila majoriti golongan itu menyokong kuat PAS.

"Cukuplah saya kata bahawa nilai (penurunan) itu membimbangkan kita, dan harus diusahakan sesuatu (tindakan)," katanya yang mengakui situasi itu sedia dimaklumi oleh kepimpinan pusat PAS.

Justeru, katanya, cabaran kini untuk memberikan keyakinan kembali kepada golongan itu kerana ia dianggap “cabaran besar” buat parti Islam itu.

Beliau menjawab soalan mengenai sokongan bukan Islam terhadap PAS ketika ini selepas PAS berdepan beberapa isu panas dan kemelut dalaman sejak akhir-akhir ini.




Pada pilihan raya umum lalu, banyak kerusi dimenangi PAS hasil sokongan bukan Islam khususnya di kawasan bandar. Antara kawasan itu termasuk di Kelana Jaya dan Kota Raja.

Bermula isu MB S'gor

Diwawancara Malaysiakini, Suhaizan berkata antara isu mula menggelegak apabila berlaku pergeseran dalaman PAS bermula daripada isu penggantian menteri besar Selangor.

"Semua itu memberi kesan, sebab mereka menaruh harapan yang tinggi (kepada PAS). Mungkin ada perkara itu, tak selari dengan apa yang mereka impikan.

"Macam jual barang. Barang itu kadang-kadang orang terima. Kadang-kadang tak. Tapi kita sebagai penjual, tak bolehlah marah pembeli.

"Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya.

Mengulas berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu parti itu bersama gabungan pembangkang selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menurutnya lagi, jika persefahaman politik yang dibentuk melanggar hukum syarak, Majlis Syura PAS akan membuat keputusan baru mengenai perkara itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga tidak menolak kemungkinan perwakilan akan membangkitkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan, pada muktamarnya Jun ini, berbanding isu-isu semasa dalam negara.

ULASAN GB


Penyelsaiannya? Mudah. Ahli-ahli PAS perlu menjadikan Muktamar tahun ini sebagai medan untuk memilih pemimpin yang ingin bersama Pakatan Rakyat. 
Kelab Greenboc

3 orang berkata:

Anonymous said...

disaran jgn jadi islam?amboi hebat dan mudahnya..

demi politik demokrasi yg tercinta..semudah abc jadinya..

pas berlepas diri dulu la dari jalan yg sama mcm umno pakai ni..jalan yg mewajibkan pas kena mintak izin manusia2 termasuk penyembah2 berhala dulu terutama dap baru la sembang lebat bab agama mcm petir kat sedara mara...

sebabnya budak kecik pun tau yg pas itu bukan sebuah agama,pas cuma sebuah parti politik diatas jalan demokrasi sekular..
(sistem demokrasi itu sendiri ialah sejenis sekular,ko pusing ikut mana pun memang itu ler faktanya..)

"memburu" keizinan manusia2 termasuk penyembah2 berhala di pru dan parlimen tertegak atas "perjalanan" ni..

lepas tu ko nak sembang lebat pasal agama kat sedara mara ko..
apa da....
(pendapat peribadi utk diri sendiri dan sedara mara mohon jgn mengamok)

Anonymous said...

Kalu dah tak hendak kat hukum Islam... buat apa mengaku Islam. Islam tertegak kukuh atas hukumnya/syari'atnya dan Syi'arnya!!! Dok ngaku Islam... tapi tentang hukum Islam... munafik/kafir totok!!! Dlm AlQuran ada menyebut dgn jelas barangsiapa tidak menghukum dgn apa yg disuruh Allah ... org itu Kafir" tak kira la PAS ka UMNO ka BN ka PKR ka atau apa ka.. semua org Islam tertakluk dlm hal tu. Baca AlQuran mesti faham maksudnya... bukannya sekadar barlagu!!!

Anonymous said...

ko ikut hukum demokrasi la bhai..x payah sembang lebat..hehe

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.