• Sohaimi Shahadan Sohaimi Shahadan
1 / 1
KUALA LUMPUR - Tindakan PKR mengarahkan wakilnya di Dun Kelantan, Mohd Roslan Puteh untuk tidak menyertai perbahasan dan pengundian ke atas Rang Undang Undang Enakmen pindaan Kanun Syariah II menunjukkan PKR lebih mengutamakan politik.

Ahli Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, PKR tidak pernah menerima hudud, sebaliknya bekerjasama dengan Pas semata-mata mahu merealisasikan agenda untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Parti ini (PKR) tidak pernah memperjuangkan orang Melayu, malah mereka juga mahu institusi diraja dihapuskan. Agenda mereka hanyalah memperjuangkan individu yang bernama Anwar,” katanya.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015 diluluskan dalam Sidang Dun Kelantan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Enakmen pindaan Kanun Syariah II diluluskan]

Kesemua 44 Adun termasuk seorang dari PKR serta 12 wakil pembangkang dari BN menyokong penuh pindaan undang-undang tersebut.

Sohaimi berkata, tuduhan mengatakan Umno mengambil kesempatan apabila menyokong hudud yang dibentangkan oleh Pas Kelantan sama sekali tidak berasas kerana Umno tidak akan menentang perkara yang dituntut dalam Islam.