Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KO TAK TAHU ELOK DIAAAM !

12 Mac 2015

MACAI UMNO NO.1 KANTOI, APAKAH SEBABNYA....


Umno: Siapa kata 1MDB disuntik RM900 juta?


Seorang pemimpin Umno menangkis dakwaan bahawa kerajaan baru-baru ini ingin menyuntik RM900 juta lagi kepada firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin membantu 1MDB itu dikatakan dibuat sewaktu pertemuan beliau dengan ketua-ketua bahagian Umno Ahad lalu.

Ketua Umno Cheras mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa beliau mendengar perkara tersebut daripada seorang ketua Umno bahagian yang hadir dalam pertemuan tertutup itu.

Bagaimanapun Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, yang juga penganjur perhimpunan tersebut, menyifatkan dakwaan PKR itu sebagai "satu lagi cerita dongeng pembangkang".

Beliau juga mencabar Rafizi mendedahkan sumbernya bagi mengesahkan dakwaannya itu dan tidak bersembunyi di sebalik sumber tanpa nama.

"Saya mencabarnya menamakan ketua bahagian Umno itu. Saya menafikan ini berlaku," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Jika anda dakwa ada ketua bahagian yang beritahu anda, beritahu kami siapa."

1MDB enggan ulas

Syarikat pelaburan nasional itu, yang berhutang sebanyak RM42 bilion, menjadi fokus utama sejak beberapa bulan lalu. Bulan lalu, ia hampir-hampir gagal membayar balik pinjamannya RM2 bilion di beberapa bank tempatan.

Beberapa laporan juga muncul yang mendakwa wujud salah laku dalam urus niaga syarikat itu, termasuk pelaburannya RM2.6 bilion (AS$700 juta) dalam syarikat PetroSaudi.

1MDB, PetroSaudi dan hartawan Low Taek Jho menafikan pendedahan itu seperti dilaporkan oleh Sarawak Report.

1MDB pula berkata pelaburan dengan syarikat PetroSaudi menghasilkan keuntungan kepadanya sebanyak US$488 juta (RM1.8 bilion).

 
Sementara itu, 1MDB berkata Jabatan Audit Negara telah mula menjalankan audit terhadap syarikat tersebut sebaik sahaja perdana menteri memberikan arahannya minggu lepas.

"Saya sendiri telah bertemu ketua audit negara (Tan Sri Ambrin Buang) dan memberi jaminan bahawa 1MDB akan memberikan kerjasama penuh," kata presiden dan pengarah eksekutif kumpulan Arul Kanda(kanan).

Semua dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk tujuan audit akan didedahkan kepada jabatan audit, tambahnya dalam kenyataan petang ini.

Arul juga berkata 1MDB tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung operasi dan kegiatan syarikat tersebut dalam tempoh audit berkenaan ~Malaysiakini


Putrajaya sahkan RM950 juta untuk 1MDB sebagai ‘standby credit’

Published: 12 March 2015 11:22 AM


Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengesahkan Putrajaya menyuntik bantuan kewangan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2015.Putrajaya hari ini mengesahkan menyuntik RM950 juta ke dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai “standby credit” untuk syarikat pelaburan strategik milik kerajaan yang dibebani hutang sebanyak RM42 bilion itu.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata demikian sehari selepas Singapore Business Times melaporkan Putrajaya memberi wang kepada 1MDB.

Selain itu, Husni mengakui kedudukan kewangan 1MDB tidak kukuh dan memerlukan tawaran awam awal (IPO) sebagai cara untuk menangani masalah itu.

"Masalah 1MDB ini adalah aliran tunainya, jadi IPO amat penting kerana dalam masa pendek kita perlu buat pembayaran semua pinjaman. Namun, selesai IPO ini kita percaya firma ini akan berjalan lancar," katanya di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Husni memberikan respons menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli yang memintanya mengesahkan mengenai suntikan dana Putrajaya kepada 1MDB sepertimana dilaporkan akhbar Singapura semalam. –TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.