• Ambiga Ambiga
1 / 1
SHAH ALAM - Dua pemimpin himpunan #batalGST iaitu AJK Pas Pusat Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dibebaskan semula kira-kira jam 2.30 petang ini, setelah dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang pagi tadi.

Menurut maklumat yang diperoleh menerusi sistem aplikasi Whatsapp, Ambiga dan Mohd Hatta, bersama pemimpin lain dibebaskan semula selepas reman yang dikenakan ke atas mereka ditolak.

“Datuk Ambiga, Dr Mohd Hatta dan pemimpin lain telah dibebaskan. Reman ditolak. Hidup rakyat. Terima kasih untuk solidariti #batalGST,” katanya menerusi sumber terbabit.

Mohd Hatta dan Ambiga adalah antara pemimpin yang ditahan ekoran himpunan #batalGST yang diadakan di ibu kota semalam.

Mereka dipindahkan ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada jam 11.40 pagi tadi.

Ketibaan mereka dihadapan pintu pagar pusat tahanan ini disambut oleh sorakan sekumpul penyokong yang setia berhimpun di sini, sejak pagi tadi.

Selain mereka, polis turut menahan beberapa peserta himpunan tersebut.

Sehingga jam 7.30 malam tadi, seramai 59 individu ditahan pihak berkuasa untuk disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan mengadakan perhimpunan haram.