Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SANA SINI TIPU

Isu penempatan pelajar: Pas lapor SPRM

  • Satiful Bahri Mamat Satiful Bahri Mamat
1 / 1
KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku kes pembelian bangunan untuk tujuan penempatan pelajar Terengganu di Mansourah, Mesir.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya berasa bertanggungjawab untuk membawa isu tersebut memandangkan nilai sebenar kos pembelian bangunan di Mansourah disifatkan tidak munasabah.

Pihaknya mempersoalkan bagaimana Yayasan Terengganu (YT) membayar sebanyak AS$4 juta atau RM13 juta berbanding dengan maklumat yang diperoleh pihaknya bahawa bangunan tersebut dibeli daripada Mrs Mervet dengan harga EGP2 juta atau RM1 juta sahaja. ‎

“Kenyataan yang jelas oleh mantan Menteri Besar Terengganu (dalam Sidang Dun) yang pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Terengganu bahawa adanya penyelewengan, penipuan, unsur rasuah dalam pembelian bangunan asrama di Mansourah di Mesir.

“Bila isu tersebut dibangkitkan dan Exco Pendidikan membuat pengakuan bahawa bangunan tersebut dibeli dengan nilai USD4.233 juta lebih kurang RM13 juta dan diakui juga oleh Menteri Besar bahawa dia membeli daripada Syarikat El Attal Group Companies di Mesir tetapi dokumen yang kita peroleh mendapati bangunan dibeli daripada Mrs Mervat dengan kos jual beli EGP2 juta unit lebih kurang RM1 juta,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Laporan tersebut dibuat kira-kira jam 11 pagi dan Satiful diiringi Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pengerusi Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti), Ahmad Amzad Hashim

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.