Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Suasana proses pengundian masih tenang
  • Suasana proses pengundian masih tenang Calon Pas, Nazri Ahmad sudah berada di pusat mengundi Sekolah Agama Rakyat Keratong Keratong 5, PRK Parlimen Rompin. - Foto Sinar Harian
1 / 1
MUADZAM SHAH - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dilihat sebagai antara pilihan raya kecil yang paling tenang berbanding yang lain.

Malah, suasana pada hari mengundi hari ini juga meriah apabila di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan dipenuhi oleh penyokong parti.

Tinjauan Sinar Harian di pusat pungundian mendapati penyokong BN dan Pas berhimpun dan menceriakan lagi kawasan pusat mengundi itu mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi lagi.

Walaupun mereka menjarakkan diri sejauh 15 meter daripada pusat mengundi, namun ia tidak menghalang mereka terus bersorak dan merayu undi bagi parti masing-masing.

Penyokong yang duduk di tepi jalan raya juga saling bersorak bagi meraih perhatian pengundi. Mereka turut mengenakan baju berwarna biru dan hijau bagi mewakili parti masing-masing.

Suasana bertambah meriah apabila mereka membawa sepanduk dan menggunakan payung parti masing-masing.

Antara sorakan yang dilaungkan ialah "sokong bulan"  dan tolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi penyokong Pas dan dibalas dengan "Ingat dacing " oleh penyokong BN.

Di samping itu juga, terdapat juga penyokong Pas berselawat beramai-ramai khususnya di pusat mengundi dengan sepaduk mereka " Mesra dan berkebajikan undilah Pas".

Bagi penyokong BN pula, mereka membawa plakad yang bertulis "teruskan perjuangan deni agama, bangsa dan negara dengan mengundi Datuk Hassan Ariffin.

Keadaan di pusat mengundi juga terkawal hanya dikawal 15anggota polis berkawal di  pusat pengundian itu.

Bagaimanapun, keadaan lalu lintas di semua kawasan yang menuju ke pusat mengundi terkawal

Pemandu serta penunggang motor berhenti untuk melihat ragam penyokong yang bersorak.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.