Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AGENDA DAP MENGENA, MELAYU SELALU TERKENA

Biasanya sejarah berulang, tetapi melayu/islam biasanya cepat lupa, melayu tak pernah bertokehkan pada melayu melainkan dengan cina, pergilah kemanapun didalam negeri dan negara itulah yang berlaku, melayu disuntik dengan berbagai cara, tapi melayu tak sedar kerana rata-rata melayu muflis fulus, apabila melayu muflis fulus maka mereka selalunya kena beli secara berhemah dan muslihat yang sangan licik, melayu selalunya cepat kabur mata dengan berbagai tektik sehingga kampong tergadai kemudian merempat, Singapura adalah contoh yang nyata, mula-mula Yusuf Ishak diangkat jadi Presiden, melayu bangga, selepas itu ? Sehingga kehari ini ! ..... - Pa Karamu                       
 
Mustafa: Jangan terperangkap agenda DAP

mustafa ali
Mustafa Ali - Foto Sinar Harian
 
KUALA TERENGGANU – Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengingatkan beberapa bekas pemimpin Pas yang berhasrat menubuhkan parti baharu berfikir panjang dan tidak terperangkap dengan agenda DAP.

Beliau, yang bercakap atas dasar peribadi memberitahu, beliau bersedia perjelas kepada ahli kumpulan G18 yang kini menggunakan nama Harapan Baru berhubung agenda DAP itu memandangkan segelintir sudah menjadi burung kakak tua dengan mengikut gaya politik  DAP.

Menyifatkan mereka sebagai adiknya, Mustafa bimbang jika mereka meninggalkan agenda hudud apabila bersama DAP yang jelas menolak hudud sejak awal.

“Yang menjadi pertikaian antara Pas dan DAP ialah hudud. DAP kata, anda hendak bersama dengan kita tinggal hudud sebab DAP merasakan dia boleh menguasai pengundi Cina sekarang ini. 

"Mereka ini hendak menang pilihan raya memerlukan undi Cina sebab dia punya matlamat. Pada saya, pada waktu ini dia punya matlamat jangka pendek hendak menang pilihan raya," katanya.

Beliau yakin kalau mereka tidak berhati-hati, kumpulan itu akan tinggal hudud sebab DAP bantah undang-undang Islam itu.

"Dia orang akan ikut (tolak hudud) dan itu adalah jangkaan saya,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta golongan berkenaan berfikir dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah perkara besar yang melibatkan masa depan mereka sendiri.

“Sebab itu saya minta mereka ini fikir panjang dan buat perhitungan yang benar-benar matang dalam mengambil tindakan yang mereka hendak buat ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, sebagaimana berlaku kepada Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. Kedua-dua mereka mendapat perhatian yang lebih besar pada waktu dahulu berbanding ketika ini dan tidak menolak kemungkinan yang sama akan berlaku pada pemimpin Pas yang menyertai parti baharu.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mendesak kumpulan Harapan Baru meletak jawatan sebagai ahli parlimen dan Adun, beliau menolak pandangan tersebut, sebaliknya beranggapan lebih baik mereka diberi peluang.

“Tetapi kalau mereka tubuh parti politik baharu, secara automatik mereka dipecat. Kalau sudah keluar Pas, tubuh parti baharu dan lawan Pas, saya (juga) akan lawan mereka,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

umno bodoh tu pun x kawan ngan dap ko yg kononnya bijak pandai x pernah buat silap walau sesaat ni pulak boleh kawan ngan dap hehe..

itu membuktikan dalam hal yg ringan mcm ni pun ko x boleh nampak dan menilai..

apetah lagi bile hal tu tersorok sikit..

iaitu ko telah mergisterkan agama/hukum/dasar tuhan yg esa berhukum dgn hukum/dasar/sistem demokrasi(hukum manusia)..

ko jgn ingat ko betul dgn prasangka ko bilamana umno bodoh tu sendiri pun lebih pandai dari ko dalam menilai dap...hehe

ko dah bermain dgn soal "pokok"..
soal remeh pun ko silap ko jgn ingat soal "pokok" ko betul sambil ko.selesa sekolahkan org 24jam..
.ini soal "pokok" tau..
ko jgn main2 risiko yg berat dgn masa tua ko..
periksa balik..
berlepas diri..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.