Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBELUM NASI MENJADI BUBUR

BOLEH BERSABAR TETAPI JANGAN SAMPAI DI DAYUSKAN, PERMINTAAN PAS KELANTAN SANGAT WAJAR DI LAYAN, JANGAN NANTI APABILA NASI SUDAH DIBUBURKAN BARI HENDAK BERTINDAK MAKA ITU SENGAJA MENCARI KERJA YANG SUSAH HENDAK DIRUNGKAIKAN, PAS SEPATUTNYA CABUT DURI-DURI DIDALAM DAGING DAHULU, JANGAN BIARKAN DURI ITU MENGHALANG KERJA PARTI, JIKA BERJUANG JANGAN SELALU SANGAT MENONGKAH ARUS -Pak Karamu
 
                                
 Gesa pemimpin sertai Harapan Baru kena tindakan

Pas
 
 
SHAH ALAM – Pas Kelantan hari ini mendesak agar tindakan tatatertib dikenakan ke atas para pemimpin Pas yang merugikan parti dengan menyertai Gerakan Harapan Baru.
 
Melalui satu kenyataan bersama, Ketua Dewan Ulama, Datuk Hassan Mahmood; Ketua Muslimat, Siti Zailah Yusof; Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Kelantan, Lim Guang Seng sependapat bahawa tindakan itu perlu bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti.

“Memandangkan bahawa ada di antara tokoh-tokoh penting yang terlibat di dalam penubuhan Harapan Baru ini masih memegang jawatan di dalam parti, kami juga turut mendesak agar satu prosiding tindakan tatatertib perlu dimulakan ke atas mereka yang terbukti telah melakukan tindakan yang merugikan parti.

“Ia termasuklah menyampaikan ceramah di hadapan khalayak dan mempertikaikan Pas secara terbuka di dalam majlis ceramah tersebut.

“Kami sepenuhnya berpendirian bahawa tindakan tatatertib wajb diambil bagi menjaga keutuhan dan kestabilan parti dari diganggu gugat pihak yang mendakwa sebagai penyokong-penyokong Harapan Baru ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, mereka menyatakan sokongan kepada kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob.

“Kami ingin menegaskan pendirian kami dan seluruh ahli-ahli dewan yang ada untuk terus berdiri teguh bersama kepimpinan Pas di bawah kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Yaakob.

“Ia sebagai satu gambaran kesepakatan yang dicapai ekoran serangan berterusan individu-individu yang dikaitkan dengan Harapan Baru terhadap kepimpinan parti dan kerajaan,” katanya,

Pada 13 Julai lepas, beberapa pemimpin kanan Pas daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan Harapan Baharu bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Harapan Baharu itu dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar;

bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.