Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMAT MALANG

'Amat malang jika dakwaan terhadap Najib benar'

Haron Din
Haron Din
 
PUTRAJAYA -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu tampil dan membawa bukti kukuh bagi menafikan dakwaan  beliau telah menyeleweng dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah AS$700 (RM2.6 bilion) seperti didakwa oleh Wall Street Journal (WSJ), " ‎kata Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
 
‎Mengulas lanjut, beliau berkata perkara itu perlu dilakukan segera, kerana sekiranya Najib lambat bertindak ia akan membawa lebih banyak impak negatif terhadap negara.
 
"....Bagaimanapun jika perkara itu (pemindahan dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib) berlaku maka amat malang  sekali kepada rakyat Malaysia kerana dalam suasana ekonomi negara sedang diambang kemerosotan dan nilai ringgit kejatuhan tetapi tiba-tiba kita dapat perkhabaran macam ini yang menyebabkan pelabur luar takut untuk melabur di negara ini.
 
"Jika berlaku sekaligus  orang ramai akan hilang keyakinan kepimpinan negara. Oleh itu saya berharap perkara itu tidak berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Iftar Amal Institut Pintar Tahfiz Fuqaha (IPTAF) di sini Everly Putrajaya hari ini.
 
Berikutan itu Haron berkata beliau berharap Perdana Menteri dan 1MDB dapat mengemukakan bukti kukuh bagi menafikan dakwaan terbaru ini.
   
 "Bagaimanapun, jika berlaku juga memang amat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.