Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERTENAAAAANG ! BERTENANG ???

Ahli Umno diminta bertenang, usah terpengaruh

Tengku Adnan
Tengku Adnan
 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menasihati ahli parti itu supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan pelbagai provokasi yang dilontarkan oleh mereka yang menangguk di air keruh.
 
Beliau berkata, ahli Umno perlu berfikir secara rasional berhubung‎ pelbagai isu yang berlaku sejak kebelakangan ini, khususnya serangan bertali arus terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga merupakan Presiden Umno.
 
"Kita perlu sedar bahawa dalam keadaan kita hari ini tentunya kita perlu terus waspada dan tidak alpa kerana pihak lain khususnya pembangkang sentiasa mencari ruang dan peluang bagi merobohkan perpaduan dan kesatuan yang menjadi benteng kita selama ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
 
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, ahli Umno‎ perlu terus memberi sokongan padu kepada presiden parti itu, serta memberikannya ruang untuk memikirkan tindakan sewajarnya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
 
Ahli Umno perlu teruskan fokus perjuangan parti itu selaras dengan gerak kerja yang telah diatur, katanya.
 
"Usahlah kita terpengaruh dengan pelbagai manipulasi dan provokasi yang dilontarkan oleh mereka, malah sikap mereka yang gemar menangguk di air keruh juga perlu kita awasi," katanya.
 
Tengku Adnan berharap anggota Umno dapat terus berpegang teguh kepada matlamat perjuangan parti dan memastikan demokrasi terus subur.
 
Jumaat lepas, The Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan laporan yang mendakwa sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
 
Pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.
 
1MDB pula juga menegaskan bahawa ia tidak pernah menyalurkan dana kepada Najib.
 
Sehubungan itu, banyak pihak menggesa perdana menteri mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan nama beliau dan imej negara kerana dakwaan itu melibatkan soal maruah kepimpinan negara di mata dunia.
 
Dua hari lepas, Najib berkata, beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung tuduhan itu.
 
Katanya perkara tersebut telah dirujuk kepada barisan peguam beliau untuk mendapatkan nasihat dan bentuk tindakan susulan dari segi perundangan dan sebagainya yang boleh diambil di dalam dan luar negara. - Bernama

3 orang berkata:

Unknown said...

Takan nak bertenang jer...negara macamana dato...

Unknown said...

Takan nak bertenang jer...negara macamana dato...

NajibNazak said...

Nan, kami tahu duit tu dapat kt semua ketua bahagia dn lau dn semua MT tahu yg duit tu guna utk PRU13.

Kau nan dn semua MT jgn la bersetongkol. Fikir ugama sikit dh la, dosa pahala. Jgn fikir umno. Itu bkn ugama tp cuma parti politik kau org semua.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.