Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMAKIN GEMPAR

Panggil sidang khas bincang kedudukan PM

Panggil sidang khas bincang kedudukan PM
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (dua kanan) selepas pertemuan tergempar ahli-ahli Parlimen dan 
 
NGO di Dataran Parlimen, bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 
KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini sebulat suara mendesak supaya diadakan satu persidangan khas Dewan Rakyat bagi mengkaji semula kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pada sesi Parlimen itu, Gabenor Bank Negara dan Peguam Negara perlu dipanggil bagi menjelaskan transaksi dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa mengalir ke dalam akaun persendirian Perdana Menteri.
 
"Walaupun mereka dilantik oleh Perdana Menteri, (namun) mereka bertanggungjawab kepada negara kita, ada ahli-ahli Parlimen dan wakil-wakil rakyat di Parlimen Malaysia.
 
"Mereka perlu datang bermesyuarat dan memberikan keterangan dalam Parlimen mengenai perkembangan siasatan berhubung 1MDB," katanya pada sidang media selepas perjumpaan tergempar ahli-ahli Parlimen pembangkang di dataran Parlimen, di sini, hari ini.
 
Jumaat lalu, WSJ dalam laporannya mendedahkan penemuan yang mengejutkan mengenai dapatan penyiasat yang mengaitkan pengaliran dana hampir AS$700 juta dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun persendirian Perdana Menteri melalui proksi.
 
Bagaimanapun dakwaan media barat itu disangkal Perdana Menteri sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.
 
Dalam pada itu, Presiden PKR itu juga berkata Perdana Menteri wajar bercuti daripada semua jawatannya dalam kerajaan sementara siasatan dijalankan.
 
"Tuduhan ini membabitkan dia, jadi wajar mengambil cuti sementara siasatan dijalankan," ujarnya.
 
Wan Azizah berkata lagi, satu gerakan rakyat yang baharu akan disusun bagi menghadapi PRU14 akan datang.
 
"Kita nak buat satu gelombang rakyat untuk menyusun gerakan rakyat, menolak segala bentuk penyelewengan, sebarang usaha untuk melindungi mana-mana pihak.
 
"Kita boleh tukar orang, kita boleh tukar ketua, tapi institusi (Parlimen) mesti menjalani reformasi dan inilah yang mesti kita lakukan demi negara dan masa depan bersama," katanya lagi.

1 orang berkata:

Hj Aduka said...

Yang aku pasti peristiwa ini TAKKAN disiarkan (sampai kiamat) RTM melalui slot HARI INI DALAM SEJARAH.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.