Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIARLAH BAI'AH ITU MAKAN DIRI MEREKA

LETAK JAWATAN ? MANA BOLEH LETAK JAWATAN, MEREKA MASIH PAS WALAUPUN MEREKA HANTAM PAS, JIKA PAS SINGKIRKAN MEREKA ? ISHHHH APA SALAH KAMI ? KALAU KAMI KATA PAS SUDAH TIDAK RELEVAN ITU HANYA ATAS PENTAS JEW,  TAK JADI KUDISPUUUUUN ! - Pak Karamu
 
MP, Adun Pas sertai Harapan Baru letaklah jawatan

Pas
 
SHAH ALAM - Pas Titiwangsa menasihatkan agar semua Ahli Parlimen dan Adun Pas yang menyertai gerakan Harapan Baru segera meletakkan jawatan yang dipegang.

Ketua Penerangannya, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, ia perlu segera dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan.

"...letakkan jawatan legislatif tersebut tanpa menunggu penubuhan rasmi parti politik baru itu...segera lepaskan jawatan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan menghormati mandat yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi di kawasan mereka," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Malah beliau turut menegur sikap pemimpin-pemimpin itu yang disifatkan tanpa segan silu memburuk-burukkan Pas dalam keadaan masih lagi memegang tiket Pas.

"Ketika usul memutuskan tahaluf siyasi bersama DAP dalam muktamar lalu, sebahagian mereka dengan bingkas meletakkan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Kononnya menunjukkan rasa patuh terhadap usul tersebut walaupun belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Mereka telah menunjukkan sikap hipokrit yang jelas dan tidak lagi mematuhi disiplin jemaah ini.

"Ketika mereka melancarkan Harapan Baru dan memburukkan Pas di pentas ceramah serta lapangan media, tanpa segan silu mereka terus membawa status Ahli Parlimen dan Adun yang dimenangi atas tiket Pas," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menyentuh soal tindakan bekas-bekas pemimpin Pas itu yang didakwanya mengelak dalam menjawab isu bai'ah atau sumpah yang dilafazkan sebelum ini.

"Malah, mereka mengelak untuk menjawab persoalan mengenai baiah yang telah dilafazkan sebelum ini. Perkara ini bukan lagi taktikal politik sebaliknya adalah perkara dasar dan melibatkan pengkhianatan terhadap Pas.

"Lebih parah, mereka telah meniupkan bibit perpecahan di kalangan ahli Pas dan sudah pasti ia akan memecahkan lebih ketara undi Melayu Islam sekiranya mereka bersaing dalam pilihanraya umum nanti," katanya.

Gerakan yang ditunjangi beberapa bekas pemimpin kanan Pas itu dilaporkan bakal ditubuhkan 14 September ini.

1 orang berkata:

XUMNO said...

Kalau diri sedikit pun rasa tak malu, masih nak juga makan elaun bawah tiket Pas, dan masih juga tak mahu isytihar keluar Pas......... jangan panggil diri progresif,peduli, bla, bla,bla.Nanti kambing pun ketawa berdekah2. Konon nak perjuang islam, tapi kena dapat izin kafir Dap, eh, gila. Pejuang? Kalah sekali dalam pertandingan dah frust menunggeng, jadi macam kena sawan! Belum lagi pergi berperang, berjihad.
Pejuang apa? Pejuang taik kucing.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.