Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH PECAH LAGI TUJUAN HARAPAN BARU TERBURAI HAMBIK KO !

Apakah benar Harapan Baharu alternatif kepada parti PAS ? kalo kerana nak gantikan PAS maka umur tak panjang, demikian rata-rata pandangan penganalisa politik, mereka rata-rata berpandangan Harapan Baharu ditubuhkan bukan kerana ikhlas mahu menegakkan keadilan islam akan tetapi tujuan untuk membantu DAP dan PKR melenyapkan dasar PAS kerana mereka menentang hudud, sebab itu seorang daripada penganalisa politik didalam kenyataan ini mengatakan bahawa "“Jika tujuan penubuhan Harapan Baru adalah untuk bantu PKR dan DAP, parti itu mungkin boleh bertahan, maka panjanglah umur parti mereka sebab di belakang mereka ada kumpulan yang nak hancurkan  peraturan agama islam - Pak Karamu

Faktor masa jadi penentu perbezaan Harapan Baru





 Sivamurugan Pandian
Sivamurugan Pandian


SHAH ALAM – Hanya masa yang akan menentukan perbezaan antara Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) dengan parti serpihan Pas sebelum ini, demikian menurut pendapat penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Menurutnya, survival Harapan Baru yang ditubuh bergantung kepada masa untuk membentuk peranan yang diwujudkan oleh gerakan tersebut.

“Saya rasa masa akan tentukan sejauh mana Harapan Baru ini berbeza dari parti parti serpihan Pas lain sebelum ini. Kita kena terima bahawa keadaan dahulu dengan sekarang tidak sama.


“… Situasi sudah berubah. Apa pun, bergantung kepada Harapan Baru untuk bentuk peranan yang mereka mahu lakukan.

Adakah Harapan Baru ‘berfungsi’ semata-mata alternatif kepada Pas, atau untuk memenuhi kerjasama di bawah PR,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu temubual eksklusif dengan Channel NewsAsia baru-baru ini berkata, mana-mana parti serpihan Pas tidak akan bertahan lama, malah akan berkubur dalam masa dua tahun.


Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, ia dilihat berdasarkan pengalaman lalu apabila terkuburnya Hizbul Muslimin (Hamim), Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).


“Jika tujuan penubuhan Harapan Baru adalah untuk bantu PKR dan DAP, parti itu mungkin boleh bertahan.

“Bagaimanapun, ia masih bergantung juga dengan sokongan rakyat terhadap parti baharu tersebut,” katanya lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

kesian kau pakkarmutui.har2kau meroyan ,mabul pil kuda ke? Memang tujuan GHB adalah untuk mnehncurkan pas

Anonymous said...

Itu pendapat sibotak tu tapi bukan pendapat pejuang GBH. Semua org boleh bagi pendapat tapi pendapat mereka tidak semestinya betul spt yg akan dilaksanakan oleh GBH. Haji hadi, tuan man, nik abduh, zuhdi, ibrahim ali semua ada beri pendapat, tapi pendapat mereka tak semestinya betul. Kadang2 kebanyakan pendapat mereka tu tukar jadi celaan, jadi fitnah, semuanya sebab mereka rasa bimbang, gelisah dan ketakutan. Takut pada diri sendiri kerana berasakan mereka akan terjejas. Ini ditambah pula dengan keyakinan mereka sendiri bahawa undi bukan islam bakal menjadi kosong sedangkan undi islam akan turun dengan ketara. Orang islam sendiri terkejut besar apabila pecah berita tentang baiah mentalak tiga isteri oleh suami hanya kerana menjaga parti. Menjaga parti sanggup menggadaikan isteri dan keluarga.

Kadang2 org ini, ketua ini memberi pendapat sebab rasa marah hingga bertukar jadi fitnah kpd GHB. Ada org suruhan atau macai parti kata GBH sebagai geng hambat babi, ada pula yg kata gbh makan babi bersama dap, ada pula yg mereka cerita dap jemput rumah terbuka hari raya dgn babi goreng (ulasan macai di blog omak kau). Paling malang apabila ada pemimpin yg memberi pendapat ghb berwalikan dap....... Pandanfan jenis apKah ini, pandangankah atau fitnah? Pandangan yg lahir dr gati yg sedang marah itu adalah hasutan syaitan. Hasutan iblis yg bagi GHB tidak mempunyai sebarang nilai.

GHB berfikiran terbuka dgn semua kritikan dan pandangan. Kami tidak ambil hati. Yg baik kami terima sebagai pengajaran. Yang buruk, yg tidak baik, yg berupa celaan dan tuduhan kami masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Kami pulangkan semuanya kepada Allah.

Kepada rakan2 kami anak2 muda, golongan marhaen, warga profesional tua dan muda, ngo2 spt abim, ikram dan sebagainya, marilah kira maju ke depan demi kehidupan, keadilan, kejayaan dsn islam. Jangan sesekali kita tewas kepada musuh yg sentiasa mencari ruang kelemahan kita. Marilah kita sama2 membuktikannya....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.