Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HABIS LA GANU

Najib perlu segera pulihkan maruah negara

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
 
KUALA TERENGGANU - Pemuda Umno Terengganu meminta tindakan tegas dan segera diambil kepimpinan negara dalam menepis fitnah dan tohmahan liar bagi memudahkan pihaknya memberi penerangan dan penjelasan di peringkat bawah. 
 
Naib Ketua Pemuda Umno Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris ketika mengulas dakwaan Wall Street Journal dan Sarawak Report terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan segera perlu diambil oleh Najib.
 
Menurutnya, tindakan itu bertujuan memberi keyakinan semula kepada rakyat di peringkat akar umbi memandangkan isu terbabit bukan hanya menjatuhkan nama Najib, malah melibatkan maruah negara.
 
“Kalau dia kata akan saman dan dia terus saman, itu jelas. Tetapi kalau senyap, kita pun susah hendak jawab. Itu yang kita perlu di peringkat bawah, tindakan dan segera untuk membolehkan kita memberi penjelasan di peringkat bawah,” katanya kepada Sinar Harian selepas ditemui di Majlis Penyerahan Zakat kepada Asnaf dan Anak Yatim di Dewan Dato’ Abu Bakar Daud, Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu, di sini.
 
Wall Street Journal dan Sarawak Report sebelum ini melaporkan sejumlah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai jutaan dolar Amerika telah disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun perkara itu telah disangkal oleh 1MDB.
 
Mengulas lanjut, Najmil yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu turut menyokong Najib mengambil tindakan undang-undang dan menyaman pihak yang membuat dakwaan sedemikian dengan menganggap tindakan saman tepat dalam mengembalikan semula nama baik Najib dan negara.
 
Bagaimanapun, beliau meminta supaya tindakan tersebut tidak dilengah-lengahkan kerana khuatir ia akan memberi kesan terhadap perkembangan dalam negara terutama dari sudut pelaburan yang sudah tentu menjejaskan ekonomi Malaysia.
 
“Bagi saya selaku Ketua Pemuda (Kuala Terengganu), kita beri sokongan penuh kepada PM dan PM juga mesti ambil tindakan tegas kepada orang yang cuba rosakkan beliau, bawa ke mahkamah dan sebagainya untuk bersihkan nama supaya boleh menimbulkan balik keyakinan kepada rakyat. 
 
“Dia mesti memberi penjelasan supaya orang muda dan sekeliling yakin kepimpinannya dan tidak tertanya-tanya, maksudnya dia jangan senyap, beri jawapan supaya beri keyakinan balik pada rakyat,” katanya.
 
Pada masa sama, beliau menjelaskan pemimpin-pemimpin negara dilihat pantas mengambil tindakan terhadap dakwaan dan fitnah yang dilemparkan berbanding sebelum ini apabila mereka bersikap tidak melayan fitnah yang akhirnya memberi kesan dalam terhadap kepercayaan rakyat.
 
Dengan medium komunikasi yang canggih ketika ini, katanya, dakwaan yang disampaikan bukan sahaja tersebar cepat, malah apabila dihantar berkali-kali, ia boleh menyebabkan orang ramai mempercayainya sekali gus memberi kesan buruk. 
 
Sementara itu, dalam majlis sama, Najmil turut menyampaikan zakat kepada seramai 168 anak yatim dan 150 golongan asnaf dari empat Dun di Parlimen Kuala Terengganu yang turut menerima sumbangan hamper berisi keperluan bekalan harian.
 
Najmil berkata, Parlimen Kuala Terengganu adalah parlimen ketujuh berlangsungnya program tersebut sambil memberitahu parlimen ini adalah yang paling ramai penerima asnaf dan anak yatim.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.