Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERBAKAR

UiTM cawangan Dungun terbakar

08/07/2015 12:02am

DUNGUN - Sebuah blok akademik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun yang menempatkan kira-kira 200 penuntut hangus terbakar dalam kejadian kebakaran lewat petang tadi.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, kebakaran itu berlaku, kira-kira pukul 7 petang.

"Kebakaran tersebut disedari oleh pelajar yang sedang membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan yang tidak jauh dari tempat kejadian.

"Ketika kejadian hujan dan petir melanda di kawasan tersebut dan menurut pelajar kebakaran tersebut berlaku sejurus kilat menyambar salah satu dari bahagian blok berkenaan dan kita tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada itu," katanya.

Katanya, apabila melihat kejadian tersebut, pelajar yang berada di tempat kejadian terus memaklumkan kepada pihak polis bantuan yang berdekatan dan terus menelefon Bomba bagi memaklumkan berkenaan kejadian tersebut.

Tambahnya, sepasukan 10 anggota Bomba bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian dan sebaik sampai api sedang marak membakar keseluruhan bangunan papan terbabit.

"Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan bangunan terbabit yang boleh memuatkan kira-kira 200 orang pelajar turut memusnahkan kesemua peralatan pembelajaran di dalamnya,"katanya.

Amri berkata, ketika kejadian kesemua pelajar sedang berada di asrama masing-masing untuk berbuka puasa. Api berjaya dikawal sepenuhnya sejam kemudian dan pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat ini dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. - KOSMO!


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.