Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAPAN BAHARU MULA TERTEKAN

Sokong jika Harapan Baru sebuah NGO

Harapan Baru

KOTA BHARU - Penubuhan Harapan Baru mencetuskan persepsi berbeza dalam kalangan pimpinan parti politik negara dan pengikutnya.
Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Kadir berkata, pihaknya menyokong sekiranya Harapan Baru didaftarkan atas kapasiti badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita sokong jika Harapan Baru sebuah NGO tetapi jika parti politik, mungkin kita di peringkat negeri akan mengikut apa yang diputuskan oleh pimpinan parti di peringkat pusat,” katanya.

Ab Aziz mengulas kewujudan Harapan Baru  yang kini dalam proses memulakan siri jelajah yang didakwa terdapat penglibatan pemimpin Pas.

Sementara itu, NGO Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda) menerusi Presidennya, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, Harapan Baru tidak memberi kesan langsung, mahupun ancaman kepada Pas.

Menurutnya, Harapan Baru dilahirkan daripada kalangan pemimpin yang kecewa dengan keputusan muktamar Pas yang lalu.

“Ia bukan dari akar umbi, masih terlalu awal untuk mengukur sejauh mana gerakan itu akan mewarnai sejarah politik negara.

“Kewujudan Harapan Baru didokong DAP, jelas membuktikan mereka ada agenda lain. Selama ini Pas tenang semasa adanya Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi setelah ketiadaan beliau, perpecahan yang pernah dikatakan itu kini menjadi nyata,” katanya.
 

1 orang berkata:

Anonymous said...

Waktu TGNA dok ada presideng tak berani muka mulut cakap lebih-lebih. Presideng punya hal.. nak baik ngan UMNO.. ex- Timbalan Presideng Nasharudin yg kena. Presideng buat mukke selamber jer. Betoi ka DAP dokong GHB. Habis tu PAS skrg ni sapa dokong... mungkin '... tak sejahat Firaun' yg dokong kot. Ye la... puak tu pun sokong PAS Kelantan nak buat Hudud kan... kan kan kan. Mcm la MCA nak sokong puak tu laksana Hudud. GHB nak buat apa..itu dia punya hal la. Yg PAS ngan NGO dok bising pehal. Kalau PAS bertanding untuk kalah...jgn la harap org lain pun mcm dia jugak. Kalau ulama PAS kelantan dok tunggu 'janda-janda' YB yg masuk GHB... itu kepala hotak dia..org lain tak heran pun... sebab bangangnya lebih dari ilmu!!! PAS.. buat ler keje korang. Jaga parti korang tu baik-baik. NGO sebelah PAS... bantulah PAS buat keja dia. Banyak isu kezaliman pemerintah sekarang (walaun tak sejahat firaun) terhadap rakyat yg perlu diperjuangkan... bukan sekadar solat hajat selamatkan PAS jer. ... rakyat menanti tindakan Ulama membela rakyat... bukan hanya bagi ceramah atau kuliah tazkirah jer...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.