Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAPAN BAHARU TAK UJUD, MAINAN POLITIK ORANG KECIWA

Dr Halimah nafi sertai Harapan Baru
Dr Halimah
Dr Halimah
 
SHAH ALAM - Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali menyangkal dakwaan sebuah akhbar berbahasa Cina yang melaporkan beliau keluar Pas untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru).
 
Katanya, beliau masih lagi bersama Pas dan setia dengan perjuangan parti tersebut  walaupun sebelum ini pernah dituduh menyertai Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) serta berhasrat keluar daripada parti.
 
“Pra-Muktamar Pas ke-61 yang lalu, nama saya tersenarai dalam Pasma walaupun tiada kaitan langsung dengan NGO tersebut. Hari raya kedua pula, timbul pula berita hangat yang mengatakan saya dan rakan-rakan akan keluar Pas pada 31 Ogos nanti.
 
“Terkini, sebuah akhbar berbahasa Cina pula memaparkan lima gambar Adun Pas termasuk saya akan keluar Pas untuk masuk Harapan Baru Selangor.
 
“Saya ingin menegaskan di sini bahawa kami menyertai Pas bukan ikut-ikut tetapi dengan kefahaman yang jelas mengenai misi perjuangan kami,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Mengakui Pas mempunyai kelemahan dan kesilapan, Halimah berkata, ia bukan alasan untuk beliau menyertai parti baharu kerana apa yang berlaku adalah proses bagi mencapai misi dan perjuangan parti. 
 
“Secara peribadi, saya mengakui memang ada kelemahan dan kesilapan dalam Pas. Ia berlaku dalam proses mencapaikan misi perjuangan dan bersifat faktor manusiawi. Telah ditegur dan akan terus ditegur kerana tiada pemimpin Pas yang maksum. 
 
“Saya melihat fenomena yang berlaku mutakhir ini sedikit sebanyak mentarbiyahkan, langsung melaksanakan mata rantai perjuangan murni Rasulullah SAW,” katanya. 
 
Tambahnya, landasan perjuangan Pas adalah jelas dan telah teruji sejak enam dekad lalu melalui sokongan dan mandat yang diberikan oleh rakyat.
 
“Pas berupaya meyakinkan Islam yang syumul yang tujuannya adalah menjaga kepentingan ummah termasuk ekonomi, sosial, keselamatan, keadilan semua kaum, semua bangsa, semua keturunan bahkan semua agama. 
 
“Andai kata Pas sudah jatuh, maka masanya untuk bangkit  dengan membuang ego dan kembali semula pada perancangan asal. Pas For All adalah realiti yang boleh dicapai sekiranya laluan ke tangga kejayaan direncana dan dipraktikkan secara membumi hingga diyakini,” katanya. 
 
Kelmarin, sebuah akhbar berbahasa Cina telah melaporkan dan menyenaraikan nama Halimah sebagai satu daripada Adun Pas yang bakal meninggalkan parti kerana menyertai Harapan Baru. 

Akhbar tersebut turut memaparkan sekali gambar beliau bersama Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman; Adun Seri Serdang, Noorhanim Ismail dan dua lagi Adun yang digantung keahliannya dari Pas iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib serta Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Kesian,Dr halimah syok sendiri,takda siapa pun dalam GHB memperlawanya ,orang sepeeti ni mana bolih percaya,dari kes khaldi ibrahim lagi ,dia ni nampak je lembut tapi tak bolih membuat keputusaan sendiri ,GHB bimbnag kalau dia ada kt dalam dia seprti tikus dalam labu ,kalau pakramutui ni pulak ibarat jinn dalam rumah ,menggnagu semua orang,biarkan jin ini dalam botol je .dia nampak tapi tak bolih buat apa2 setakat meroyan hari2 tentang GHB,promosikan lagi tentang GBH

Anonymous said...

Yg nak berhijrah kepada yg lebih baik, teruskanlah. Yg masih nak berwalak pun teruskanlah. Yg nak keluar terus dari PR pun silakanlah. GHB tiada halangan sbb GHB tidak mengamalkan baiah yg mencagarkan isteri serta rumahtangga. GHB terbuka pd kritikan dan pendapat. Yg baik kita terima, yg celaan dan fitnah kita masuk telinga kiri keluar telinga kanan dan kita pulangkan kepada Allah menentukannya.

Anonymous said...

Ramai pemimpin parti "islam" ini bukan x nak pindah GHB tapi takut sbb sudah diikat dgn baiah. Kalau keluar parti "islam" ni kena talak 3 bini masing2.

Padan muka.... sapa suruh terima baiah...
Kahkahkahkah

Anonymous said...

Sekarang baru pemimpin pas yg kecik2 sedar parti mereka memang ada masalah besor. Tapi presden dan mursdul um kata tadak masalah. Lagi mau pisah dgn pkr kalu pkr join pr2.0. Elok la sbb bole jadi parti duduk dlm hutan.

Anonymous said...

Tong najis babi nk dipromosikan sbg hotel 5star....bg ler promosi camner pun...kekal tong najis babi

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.