Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ciis bedebah betul mereka nih

Sebar WhatsApp: Jangan jadi gunting dalam lipatan

Normala Sudirman
NORMALA SUDIRMAN
 
JOHOR BAHRU - Ahli Pas diseru terus istiqamah dengan kelangsungan perjuangan walaupun cabaran dalam menongkah arus perjuangan semakin hebat.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat Pas Pusat, Normala Sudirman berkata, ahli disaran tidak bersikap gopoh sehingga hilang keyakinan terhadap wadah parti Pas yang telah diperjuangkan selama 60 tahun.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila terdapat segelintir pimpinan tertinggi parti sesi 2013-2015 bertindak menggerakkan usaha ke arah penubuhan Gerakan Harapan Baru,  meskipun masih bergelar ahli Pas dan berjawatan di pelbagai peringkat.

“Ada sebahagian daripada mereka idola saya dalam perjuangan, tetapi keputusan berpindah ke wadah parti baharu dan meninggalkan Pas tidak akan saya turuti. 

“Walaupun begitu, keputusan mereka saya hormati kerana itu hak masing-masing walaupun jauh di sudut hati, saya cukup kecewa.

“Bagi ahli Pas di Johor khususnya, saya ingin beri ingatan supaya tidak menjadi ‘gunting dalam lipatan’ dengan menarik ahli keluar parti dengan menggunakan jawatan yang diamanahkan dan dalam pada masa sama masih kekal sebagai ahli Pas,” katanya.

Normala berkata, sikap segelintir pemimpin tertinggi negeri dalam parti yang menggunakan aplikasi WhatsApp AJK Pas menyebarkan maklumat tentang kewujudkan parti baharu juga sangat dikesalkan.

Menurutnya, ia bukan sahaja mempengaruhi pemikiran dan pendirian Yang Di Pertua dan Ketua Muslimat Kawasan berpindah ke parti baharu, tetapi mengelirukan sehingga menjejaskan matlamat laman sosial itu.

“Kemungkinan juga satu ‘Muktamar Khas’ bakal berlaku sekiranya sebahagian besar AJK Dewan Muslimat Negeri Johor dan Dewan Pemuda Pas Johor meletak jawatan beramai-ramai  untuk berpindah ke parti baharu.

“Seboleh-bolehnya kita tidak mahu situasi ini berlaku dan kita bersedia atas segala kemungkinan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.