Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISLAM PROGRESIF ADALAH MAZHAB BARU

Parti Baru Mendukung Gagasan Muslim Progresif


Parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GBH) jelas memperjuangkan matlamat yang ingin dicapai oleh golongan Muslim Progresif seperti yang disebut dalam buku "Progressive Muslim: On Justice, Gender and Pluralism" susunan Omid Safi. Malah mereka sendiri berbangga menggelar diri mereka sebagai kumpulan progresif, sekaligus memperakui hakikat itu. Gagasan pemikiran Muslim Progresif ini sebenarnya selari dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia, yang selalu disebut sebagai Islam Liberal.

Selain daripada itu, gagasan pemikiran Muslim Progresif ini adalah cerminan kepada gagasan American Islam atau Islam Ala Amerika yang pernah dipopular oleh Mohamad Sabu sekitar 1990 an. Mohamad Sabu sering menggunakan istilah Islam Ala Amerika ini dalam ceramah-ceramah beliau dahulu, bagi menggambarkan Islamisasi yang dirintis oleh Anwar Ibrahim semasa beliau dalam UMNO ketika itu sebagai bukan agenda Islam yang sebenar.


Berkaitan Islam Ala Amerika ini, ada sebuah buku yang disusun oleh Juliane Hammer dan Omid Safi bertajuk "The Cambridge Companion to American Islam". Buku ini cuba memaparkan, desakan agar ajaran Islam dikonsepkan dan ditafsirkan semula supaya dapat diterima oleh pemikiran dan budaya masyarakat Amerika hari ini. Sudah tentu Islam yang digambarkan bukanlah Islam yang sebenar. Sebagai contoh, baru-baru ini muncul seorang imam gay di Amerika, Daayiee Abdullah, yang amalan Islam jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Walaupun acuan yang bakal dibawa oleh parti baru ini mungkin tidak sejelik gagasan Islam Ala Amerika, ia tetap akan menimbulkan kontroversi yang berpanjangan dalam masyarakat Islam di negara ini. Jelas sekali, parti baru yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim Progresif. Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri. Gagasan seperti ini jauh bertentangan dengan Islam diperjuangkan oleh PAS.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

12 orang berkata:

Anonymous said...



Aku nampak dahi dia nih lebam HITAM mcm dahi HITAM Sayfool lobang exzos..kuat tul solat!

Lepas nih ada prsamaan kot dia ikut stail Sayfoool...SUMPAH! SUMPAH kat depan KA'ABAH!!?

Kah kah kah!

Anonymous said...

Walaupun acuan yang bakal dibawa oleh parti baru ini mungkin tidak sejelik gagasan Islam Ala Amerika, ia tetap akan menimbulkan kontroversi yang berpanjangan dalam masyarakat Islam di negara ini. Jelas sekali, parti baru yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim Progresif. Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri. Gagasan seperti ini JAUH BERTENTANGAN dengan Islam diperjuangkan oleh PAS.

jauh bertentangan apenye,bila 2-2 parti demokrasi ni meregisterkan agama/hukum/dasar Allah berhukum dgn hukum demokrasi..
sama je 2-2..

he he...
itu la org sondol ko pun sondol..

Anonymous said...

Komen bodoh .......... cuba menyamakan aliran agama yg dibawa oleh Pas dgn aliran islam liberal demi menghalalkan perjuangan depa ......... macai mcm ni yg selalu promosi agama semua sama ............. kapla hotak hang !

Anonymous said...

lompat dah haha...
pas register agama/dasar/hukum Allah berhukum dibawah sistem/hukum demokrasi..ini fakta la..ini fakta ni..org ikut org menyondol mcm ko je x tau hehe..
parti demokrasi yg ko sebut tu pun sama je mcm ko..ko danbparti tu sangka korang sama2 sedang berhukum dgn hukum Allah,bahkan ko telah register agama/sistem/hukum tuhan yg esa berhukum dibawah hukum/sistem manusia..
x payah la melompat..salah ko sendiri..org sondol ko pun ikut sondol..lepas sondol ko nak melompat..
haha..
ko umno pkr dap mic mca sama ja..termasuk la parti yg ko sebut tu..hehe

Anonymous said...

hebat bleh baca aqidah orang sampai samakan dgn Sister in Islam dan sebagainya. Masa dlm jemaah xde plak nak kaitkan mereka tp bila GHB ni nak naik kapal baru mula sebarkan fitnah dan ghibah nauzubiLLAHiminzaalik. Sama2 Islam dok mengutuk tu pun setelah geng GHB nak tubuh parti baru pelik kan?

Dah kalau sahabat nak tubuh parti baru sepatutnya sebagai org Islam kita doakan semoga mereka berjaya dgn idea dan pembawaan mereka selagi berlandaskan la quran n hadis...takkan org mcm salahuddin ayub bodoh x pandai menilai yg mana HARAM dan SESAT walaupun professional tp HIDAYAH milik ALLAH swt...kalau title ustaz tp hidayah x smp...nauzubiLLAH JGN CONFIRM kita betul semua....

Anonymous said...

ban

Anonymous said...

bang..mana ada dlm politik demokrasi..parti2 dibawahnye saling mendoakan 1 sama lain haha..
tolong la ko jgn wat lawak..kalo ko x tau meh aku bgtau..dlm politik demokrasi ni ko kene buktikan yg ko lebih mulia/sempurna dr parti lain..supaya undi2 manusia termasuk undi2 oenyembah berhala menyebelahi pehak ko...
mana maunya saling mendoakan bang oi haha..
kalo banjir kat tempat ko..ko x boleh kata itu bala..kalo banjir kat tempat pehak lain..ok sah itu bala..hehe..
kalo org lain nak lantik bini jadi mb itu namanya kebodohan melampau..tapi bila kita yg buat maknanya ada sebab2 dr kecerdikan hehe...
kalo ko nak tau umno pkr pas dap mic mca semuanya sama sahaja...
ko jgn sebut benda mcm ni lagi la bang..gelu aku dengar..
fakta tu bang...ko doakan la umno kalo ko berani..umno doakan ko pulak kalo dia berani..mana maunya...
kena saling doa k.o kan org lain...ha ini la politik dibawah hukum demokrasi..kalo x mana ko nak dapat undi manusia2 termasuk undi penyembah2 berhala..
hahaha

Anonymous said...

...habis tu PAS skrg ni bawa fahaman jenis apa??? TALIBAN?? QAEDA?? SYIAH??? .. hinggakan pimpinang PAS langsung tak boleh ditegur atas nama wala'! Pimpinang PAS ni maksum ka??? Arwah TGNA, Arwah Usraz Fadhil Noor pun boleh terima teguran... tp Presideng baru ni tak leh terima.. tapi mulut cerdik mengata orang jebonla.. barua la.. Atau presideng ni tinggi sangat inferioriti kompleks dia sampai kena guna anak-menantu dalam parti. Dlm parlimen... bila bahas isu sosial dan kebajikan rakyat.. tak nampak pulak bersungguh. Pahlawan siku-lutut terus diam jer... terkebil-kebil bijik mata macam lampu vellfire. Pandai jer cakap. Isu kesusahan rakyat pasal banjir kat Kelantan pun lom selesai...pastu kuat menipu pulak. NGO yg kuat menolong...pastu 'tok lebai' pandai pulak marah takut rakyat tahu 'betapa bangangnya' pimpinan sekarang. Kejenye 'menggilap' Range Rover nilai ratus-ratus ribu. Banyak jugak gaji 'tok lebai' wakil rakyat ni. Cakap jaga kebajikan rakyat no 1... praktikalnya... tadak nombor..yillek. Mcm Zuhdi... cakap fakta yillek. GHB nak buat apapun..ko peduli apa. PASMAaaati pun korang tak leh handle. Macam mana la korang nak handle parti. Presideng ko ngan Presideng UMNO lebih kurang je.. (maklum la..tak sejahat fir'aun katakan). So ZUHDI... ko jgn la merapu-meraban pasal GHB ni. Bior ler dia bergerak sendiri. Kalu PAS tak pueh hati... ko pecat jer ler dorang tu. Tapi malang.... presideng ko tu....

FIT said...

Pasal tamak kuasa dan jawatan

FIT said...

Apa yang ko merapu nie Mangkuk

Anonymous said...

Nak kata orng merapu berilah fakta ape yg dirapukan.....kalau takde fakta lagi lah mangkuknya

Unknown said...

Struktur parti pas seperti syiah.....waala kpd presiden...sperti waala kpd khomeni...bkn kpd Allah dan Rasul....maka haram bg kita menyokong yg menyerupai syiah...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.