Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMALANGAN JALANRAYA MENINGKAT

Op Selamat: Peningkatan jumlah kemalangan dikaji

pdrm
 
KUALA LUMPUR - Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata pihaknya akan melakukan kajian bagi mengenal pasti punca peningkatan ketara jumlah kematian sepanjang lapan hari Op Selamat.
 
Beliau berkata kajian itu termasuk dari segi tempat dan masa kemalangan berlaku serta keadaan penunggang, pemandu dan jenis kenderaan terlibat.
 
Katanya purata jumlah kematian 22 orang sehari sepanjang lapan hari Op Selamat yang sedang dilaksanakan berbanding 13 bagi tempoh sama pada tahun lepas adalah jumlah yang luar biasa.
 
Enam daripada 10 kes melibatkan motosikal, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Bukit Aman, di sini, hari ini.
 
"Angka ini amat tinggi. Jadi kami perlu kaji setiap kes untuk melihat apa yang silap, adakah disebabkan kurang penguatkuasaan, yang saya rasa tidak begitu," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.