Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JALANRAYA MULA SESAK KEMBALI

Aliran trafik lebuh raya mulai sesak

trafik
 
Keadaan Plaza Tol Gombak mula sesak pada waktu petang setelah sebahagian warga kota mula pulang ke rumah masing-masing untuk mula bekerja semula esok. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan sejak 5 petang ini berikutan pertambahan bilangan kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) Expressways Bhd berkata, keadaan di kedua-dua arah utara dan selatan kini mulai sesak.

"Trafik masih bergerak perlahan dari Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, di Plaza Tol Jitra Utara menuju ke Jitra Selatan dan selepas Plaza Tol Juru ke Jawi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan bergerak perlahan dari Karak ke Genting Sempah.

Menurutnya aliran di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut dilapor sesak di sebelum dan selepas Plaza Tol Gombak ke Kuala Lumpur.

"Di LPT 2, aliran trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Kuala Terengganu, Bentong dan sebelum keluar Plaza Tol Gombak arah ke Kuala Lumpur, bagaimanapun keadaan masih terkawal," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.