Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PLAZA LOW YAT SENTIASA DIPANTAU

Keadaan sekitar Plaza Low Yat terkawal

 Lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh Plaza Low Yat
Insiden berkenaan turut tersebar di media sosial. - Gambar Internet

KUALA LUMPUR - Keadaan di sekitar Plaza Low Yat, yang dicemari insiden rusuhan minggu lepas, dilihat terkawal apabila orang ramai termasuk warga asing membanjiri perkarangan pusat beli-belah tersebut, hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan plaza tersebut dan kawasan Bukit Bintang kekal tenang meskipun terdapat sebaran maklumat dalam media sosial akan berlaku kekecohan.


Plaza tersebut serta kawasan persekitaran dilihat masih berada di bawah pengawasan pihak polis yang menempatkan balai polis bergerak, sepanjang masa.


Laluan di sekitar kawasan tersebut juga dibuka untuk aktiviti orang ramai tanpa sebarang sekatan.


Salah seorang pengawal keselamatan du plaza tersebut, yang enggan namanya disiarkan, berkata setakat ini tiada sebarang kekecohan berlaku sejak pagi tadi.


"Keadaan terkawal dan berharap tidak akan berlaku sebarang kekecohan selepas ini," katanya kepada Bernama.


Sementara itu, seorang peniaga berkata bahawa orang ramai tidak perlu teragak-agak untuk mengunjungi plaza itu kerana ia dipantau oleh pihak polis sepanjang masa. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.