Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN MENDABIK DADAP

Wakil rakyat usah dabik dada

 Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad
 
SHAH ALAM – Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Ir. Iskandar Abdul Samad mengingatkan mana-mana wakil rakyat Pas di Selangor tidak mendabik dada menganggap kemenangan sewaktu pilihan raya berpunca daripada hasil usaha mereka semata-mata.  

Beliau yang juga Adun Chempaka berkata,  gerak kerja jentera parti dan sokongan ahli serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, antara faktor yang menyumbang kemenangan mereka.

“Mungkin ada wakil rakyat yang mendakwa bahawa beliau membelanjakan beratus ribu ringgit untuk pilihan raya maka beliau tidak terhutang budi kepada sesiapa.

“Saya hendak ingatkan mereka bahawa kempen untuk memenangkan seorang calon pilihan raya bukan bermula dari pembubaran Parlimen atau penamaan calon,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, gerak kerja dalam parti yang berterusan sehingga memakan masa belasan mahupun puluhan tahun adalah satu daripada faktor penting yang memungkinkan  mereka meraih kemenangan sebagai calon ketika pilihan raya.   

“Gerak kerja pilihan raya adalah satu gerak kerja berterusan dan ia berjalan terus-menerus selama belasan malah puluhan tahun.

“Contohnya kemenangan untuk kerusi-kerusi pada pilihan raya umum 2013 adalah hasil gerak kerja seawal tahun-tahun 80-an dan 90-an,” katanya.

Beliau turut menegaskan, setiap ahli atau penyokong yang bertungkus lumus sepanjang tempoh tersebut mempunyai saham di dalam kemenangan seorang calon. 

“Setiap titik peluh yang dikeluarkan dan setiap sen yang dibelanjakan oleh mereka mesti diiktiraf dan bukan sahaja kerja-kerja selepas penamaan calon atau setahun sebelum penamaan calon.

“Kalau hendak dikira, untuk memenangi satu kerusi sudah tentu melibatkan kewangan berjumlah jutaan ringgit atau tenaga kerja yang berjumlah beribu-ribu orang termasuk mereka yang telah meninggal dunia sebelum penamaan calon,” katanya. 

Semalam Setiausaha Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, mana-mana wakil rakyat Pas yang mahu menyertai NGO itu tidak perlu meletakkan jawatan kerana kemenangan mereka bukan hanya bersandarkan kepada tiket Pas semata-mata.

Dzulkefly yang juga bekas Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor berkata, tiada undang-undang yang mengatakan individu yang dipecat atau keluar parti perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.