Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN TUNJUK KITA LEBIH KUAT DARI SAHABAT RASULLULLAH


Kepada Sesiapa Yang Berkenaan PAS Sahaja


PAS ditubuhkan tahun 1951 oleh para penggerak Islam , dari kalangan ulamak dan ilmuan berbagai bidang dan tokoh masyarakat yang terawal menentang penjajah . Tujuannya menyambung perjuangan Islam, berdakwah sehingga berpolitik, meneruskan gerakan Islah dan Tajdid.

Kumpulan yang ditetap oleh Allah dengan segala sifat dan cirinya di-dalam Al-Quran dan ditafsirkan oleh Rasulullah SAW sehingga tidak boleh dilakon  atau dikelirukan. Kumpulan yang ikhlas bersamanya daripada semua peringkat dan lapangan, mereka bukan sahaja berhubung dengan maknusia, bahkan berhubung dengan Allah siang dan malam, termasuk  mereka yang dianggap bodoh, tetapi bodohnya tidak lupakan Allah siang dan malam, bukan sahaja yang kaya menyumbang harta dan yang alim dan bijak menyumbang ilmu dan kemahiran. Termasuk juga yang miskin dan bangsat ( dipandang hina kebanyakan umum) menyumbangkan doa dan tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin dan meminta menjadi calon dan jawatan. Kesemua mereka tetap pendirian walau pun tidak dipilih dalam mesyuarat agong atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam piliharaya dan tidak mendapat projek dan balak  tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah.

Menjadikan mereka dipelihara Allah bersama keikhlasan walaupun dianggap bodoh. Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja, tetapi tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat  kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan PAS.

Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS  daripada awal dan pula hanya memintas ditengah jalan, hanya merama’ untuk menang dunia sahaja . Sesiapa yang tidak Istiqamah di atas Aqidah, Dasar dan Matlamat pasti berundur, melompat , terlompat atau dilempar keluar daripada jamaah.

Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah Maha Mengetahui dia hanya pelakon dan  dikeluarkan tanpa diduga dan disangka bersama pelakon tambahannya. Sesiapa yang mengubah PAS lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga.

Allah telah menetapkan ciri-ciri kepada kumpulan Islam yang dinamakan umat didalam kalangan Umat Islam yang besar dan umat manusia yang lebih besar termasuk bukan Islam yang wajib diselamatkan dengan rahmat Allah daripada Islam. Firman Allah SWT, Surah Ali-Imran ayat 104 :

"Dan hendaklah ada dikalangan kamu (orang-orang yang beriman itu) , satu ummah (kumpulan) yang berdakwah kepada kebajikan (Islam semua ajarannya) dan yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran . Merekalah orang –orang yang mendapat kejayaan (dunia dan akhirat."

Ayat ini dibaca dan ditulis ketika PAS ditubuhkan.(Sila rujuk buku Umat Islam dan Parti Islam, karangan Al-Marhum Ustaz Ahmad Azam , diterbitkan sebelum merdeka apabila PAS masuk kedalam gelanggang politik).

Firman Allah, Surah An-Nur ayat 55 menafsirkan maksudnya :

"Allah telah berjanji kepada kalangan orang-orang yang beriman daripada kalangan kamu dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Dia jadikan mereka golongan yang memerintah dibumi, sebagaimana dikurniakan kepada kalangan dahulu daripada mereka. Di mana Allah menjadikan agama yang diredainya (Islam) untuk mereka, berkuasa dan Allah menukarkan keadaan daripada mereka berada dalam ketakutan kepada keamanan. Mereka memperhambakan diri kepada Allah , dan sesiapa yang kufur selepas itu , maka merekalah orang-orang yang fasik."

Janji yang tidak diketahui jarak masa dan perjalanannya , sehingga Nabi Nuh AS dan segelintir pengikut menunggu selama lebih sembilan ratus tahun, di-ikuti oleh para Rasul selepasnya bersama umat masing-masing, inilah  adat perjuangan Islam . Mereka yang tidak tahu adat ini akan pasti lari lintang pukang kerana tidak nampak penghujung perjalanannya dengan mata kasar, sama saperti makhluk  yang matanya sama aras dengan perutnya maka berfikir dengan isi perut, tidak dengan akal.

Mereka yang menghayatinya sanggup menunggu sehingga mati, walau pun dia tidak sempat melihat kejayaannya dimasa hayat, mungkin cucu atau cicitnya beberapa generasi, namun tetap beriman kepada janji Allah yang tidak tamat riwayatnya dengan kematian seseorang. Seumpama kisah filem yang tamat dengan kematian heronya atau sekadar sampai ke Putrajaya sahaja. Kerana harapan perjuangan Islam  hanya penerimaan Allah dan redanya yang tidak perlu diperharui atau dipinda dan diubah.

Firman Allah, Surah An-Nisa' ayat 104 :

"Jangan kamu berasa hina atau lemah ketika menghadapi penentang kamu , sekiranya kamu menderita kesakitan , mereka juga berada dalam kesakitan yang sama , namun keadaan kamu berbeza , kerana kamu berharap daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan."

Rasulullah SAW telah  mentafsirkan ayat-ayat ini dalam perjuangan Islam bersama masyarakat majmuk di masa kumpulannya paling lemah ditindas di Makkah tanpa Negara dan ketika paling kuat bernegara sehingga membebaskan Makkah , dengan huraian mengikut panduan Allah bertonggakkan umat Islam dalam jamaahnya dahulu. Bersatu dengan aqidah , dasar dan matlamat, bekerjasama dengan kawan dan lawan termasuk bukan Islam sehingga bermaaf apabila mencapai kemenangan, menjadikannya tidak sama dengan perjuangan yang lain.

Beristiqamah dengan makna teguh tidak berganjak dalam perkara Thawabit (Aqidah , Dasar dan Matlamat). Murunah (Anjal, atau boleh menerima perubahan dan perbezaan) dalam perkara Mutaghayyirat ( Menerima perubahan)dalam perkara pendekatan , uslub dan strategi. Sehingga Islam menunjukkan rahmat kepada masyarakat majmuk , berbilang bangsa, agama dan budaya dalam keadaan Islam memimpin bukan mengikut telunjuk pihak lain.

Disamping berpadu dan bersama dalam perkara Thawabit sehingga tidak diizinkan berpecah pendapat. Berpadu juga dalam perkara Mutaghayyirat walau pun berbeza pendapat dan berkhilaf dalam urusan berparti atau berjamaah. Tetap patuh dan setia kepada jamaah apabila sudah menjadi keputusan dalam berjamaah oleh kalangan yang  pendapatnya tidak diterima walau pun  sehingga dirinya ditolak, tidak dilantik lagi atau dipecat,  juga tetap bersama jamaah.

Tegasnya seseorang dan kumpulan dalam berjamaah tidak dizinkan berdegil dengan pendapatnya apabila sudah ada keputusan jamaah, inilah adab dalam kumpulan Islam sepanjang zaman. Barang siapa yang tidak berpegang kepada adab ini maka tidak layak bersama jamaah. Maka lebih malang nasibnya kalau menunjukkan sifat menolak kalau tidak memilih dirinya, dengan sendiri mendedahkan isi hatinya bahawa dia bersama jamaah kalau dipilih berada diatas, dan tidak pula bersedia berada dibawah, tanpa menyedari bahawa  lantai yang berada dibawah lebih selamat daripada atap yang berada diatas apabila  menghadapi ribut dan petir atau bumi bergerak.

Rasulullah SAW pernah menerima pandangan orang lain dalam perkara bukan wahyu dalam peristiwa Badar dan sanggup menerima pandangan lain juga dalam perstiwa Uhud dan inilah ketetapan Allah walaupun pandangan itu menyebabkan gugurnya para syuhada yang ramai dan ramai pula mendapat kecederaan, termasuk batang tubuh Rasulullah SAW.

Bandingkan  diri kita dengan Saad bin Ubadah RA yang dilucut jawatan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa Fathu Makkah, Khalid bin Al Walid RA yang dipecat oleh Khalifah Umar RA tetap bersama saf perjuangan sehingga wafat. Begitulah Ka’ab bin Malik RA kerana tidak menyertai perjalanan ke Tabuk sehingga diambil tindakan disiplin dipulau beberapa bulan,tidak keluar daripada jamaah dan tidak menerima tawaran Raja Ghassan supaya meninggalkan jamaahnya. Rasulullah SAW bersabda bahawa secupak bijiran yang disumbangkan oleh sahabatku tidak sama dengan sumbangan generasi kemudian walau pun emas sebesar bukit Uhud.

Mustahil ada kalangan ahli PAS yang menyumbang sebesar bukit Uhud, maka jangan tunjuk kita lebih kuat daripada Sahabat Rasulullah SAW.

Mereka yang tidak merasai kemanisan perjuangan Islam bersama fadilatnya tidak akan merasai hakikat ini. Mereka yang merasai kemanisan iman dalam perjuangan dapat membezakan diantara kawan dan wali, boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya tetapi tidak boleh berwalikan DAP, kerana tidak beriman dan budiman. Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan tersebut sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya kerana tidak membezakan diantara kawan dan wali. 
  
Kepada sesiapa yang tidak berkenaan PAS sila baca firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 36 :

"Dan jangan kamu  mengikut (atau bercakap atau menulis) apa-apa yang kamu tidak ada ilmu berkenaannya, sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan fikiran kamu semuaya akan disoal Allah secara bertanggungjawab dengan amanah ilmu." 

"Berstiqamah Hingga Kemenangan"

DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
07 Syawal 1436 / 23 Julai 2015

4 orang berkata:

Anonymous said...

suahlah lau pakkarmutui .kau sam je dengan hdi ni .standard kau sama je ,takda kurang takda lebihnya hdi tu

Anonymous said...

sudahlah lau pakkarmutui .kau sama je dengan hadi ni .standard kau sama je ,takda kurang takda lebihnya hdi tu

Anonymous said...

janganlah samakan hadi tu dengan Rasulullah atau Khalifah Umar.
Mereka tidak pernah memfitnah orang Islam lain sebagai tokeh pil kuda semata2 hanya untuk memastikan kaum dan gengnya menjadi calon pilihan raya. Mereka juga tidak pernah memfitnah orang Islam lain sebagai jibon, serigala mahupun anjing.

Rasulullah juga bijak berstrategi tetapi tidak pemimpin Pas sekarang. Rasulullah juga tidak pernah mengajar sesiapa sahaja memfitnah sesaorang sebagai manusia yang "berwalikan DAP sampai mati" sedangkan mereka memang tahu dan tidak mahu berwalikan Dap. Jika mahu, sudah pasti mereka terus sahaja masuk Dap. Rasulullah juga tidak pernah sekalipun memusuhi umat Islam yang memilih jalan lain yang dirasakan lebih baik jika sekiranya perjalanannya tidak bertentangan dengan hukum dan syariat Islam. Membina parti baru tidak sekali2 meninggalkan Islam dari hati mereka ini.

Rasulullah juga tidak pernah menyuruh umatnya bersifat dengki, mengata dusta supaya apa yang diusahakan oleh orang lain bakal gagal menyembah buni. GBH banyak kali dinyatakan akan menentang musuhnya UMNO dan bukan Pas. Tapi kenapa Pas semakin gigih memastikan fitnah ke atas GBH berterusan sedangkan GBH tidak pernah menyatakan hasrat untuk menjatuhkan Pas. Kenapakah Pas tidak boleh "agree to disagree"? Bukankah jika penubuhan GBH itu baik, ia perlu disokong agar kepentingan rakyat dapat ditegakkan, agar perampokan harta rakyat dapat dipadamkan....

Apakah dengan hanya berlambangkan Islam sudah cukup menunjukkan penganut parti itu benar2 Islam? Mengapa tidak tindak tanduk mereka diperhalusi satu persatu. Wala' apakah yang diamalkan oleh Pas hingga sanggup menggadaikan isteri dengan talak tiga sebagai kesan baiah jika mereka meninggalkan parti itu? Baiah apakah itu? Adakah Rasulullah dan Khalifah Umar juga menggalak atau melakukan baiah itu? Alangkah malangnya sang isteri dengan strategi Pas yang ingin kekal berkuasa tanpa melihat peda kerukunan rumahtangga serta ahli keluarganya. Baiah apakah itu? Hukum kitab manakah yang kamu ikuti?

Jika ramai sudah tidak menyukai kita kerana KITA TELAH BERUBAH DARIPADA DASAR ASAL YANG DIBINA OLEH ORANG TERDAHULU, OLEH MEREKA TERDAHULU YANG BENAR2 IKHLAS, usahlah kita kini yang mementingkan pangkat dan jawatan berasa terhina jika ahli2 bawahan kita meninggalkan kita. Semaklah, carilah punca dan periksalah diri kenapa mereka meninggalkan kita.

Sesungguhnya, janganlah kita terlalu sombong mengeluarkan ayat2 Quran yang hanya sesuai untuk musuh kamu, sedangkan ayat Quran yang menyanggah perbuatan kamu, kamukan padamkan dari ingatan kamu. Janganlah kamu berkhayal bahawa kamu masih suci seperti pertama kali pemimpin parti kamu melahirkan parti kamu ini. Ketahuilah bahawa kamu telah jauh menyimpang, menjadi lebih kebendaan, keduniaan, tamak dan mementingkan kaum dan geng kamu sendiri. kamu bukan lagi bersifat seperti pemimpin yang terdahulu daripada kamu.

Cukuplah, sudah 3 bulan selepas muktamar berakhir, apakah usaha yang telah kamu lakukan untuk mengukuhlkan ahli parti kamu. Ada? Tetapi kamu hanya mampu melontarkan kata nista, fitnah dajal dan makian kesat kepada ahli kamu sendiri sehingga mereka menjauhi kamu. Malang sungguh apabila kamu yang mengaku ulamak Islam menggunakan pelbagai cara kotor termasuk memfitnah, mencerca, mengadu domba demi memastikan puak dan geng kamu sahaja yang berada dalam barisan kepimpinan kamu.

Sungguh menyedihkan keadaan kamu.
Sungguh malang pemimpin kamu terdahulu yang memilih kamu!!

Anonymous said...

nabi saw dan sahabat x bawa agama/hukum/dasar tuhan yg esa berhukum di bawah hukum manusia...ini fakta..
pas umno pkr ghb dap mic mca 2x5 hehe..
tlg jgn jual nama nabi saw dan sahabat..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.