Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASYA ALLAH, BUKAN SAHAJA DI DARAT TAPI D LAUT

Bot karam: Pemandu dakwa ombak kuat

Bot karam: Pemandu dakwa ombak kuat
Lokasi kejadian empat mati lemas dan tiga hilang selepas sebuah bot yang membawa 14 orang karam semasa upacara membuang abu mayat anggota keluarga di laut malam tadi. - Foto Bernama

TANJONG KARANG - Pemandu bot mendakwa ombak kuat‎ merupakan punca bot yang dibawanya karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang di sini semalam sehingga mengorbankan lima nyawa setakat ini.
  
P. Alumalai, 51, berkata, ribut petir berlaku ketika kejadian itu.‎
  
Beliau berkata mangsa dalam perjalanan pulang setelah melakukan upacara membuang abu mayat di kawasan perairan itu kira-kira pukul 5 petang.
  
Alumalai dari Sekinchan yang telah mengemudi bot selama enam tahun menolak dakwaan bahawa penumpang berlebihan turut menjadi punca bot berkenaan karam.
  
Bot itu yang dinaiki 14 orang yang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada jam 3 petang bagi melakukan upacara membuang abu mayat.
  
Dua jam kemudian ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang.
  
Lima mayat ditemukan setakat ini yang kesemuanya berasal dari Sungai Buluh, Kuala Selangor, sementara dua lagi sedang dicari.
  
Tujuh orang berjaya diselamatkan nelayan tempatan sebelum ini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.