Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NI PROSES ORANG KAMPONG TAK TAHU, BACA JE

Najib mulakan proses undang-undang terhadap WSJ

Wall Street Journal
Wall Street Journal
 
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah memulakan proses perundangan terhadap The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel yang disiarkannya mendakwa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peribadi miliknya.
 
Najib menerusi firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam satu surat yang diemelkan kepada pemilik WSJ, Dow Jones, meminta penerbitan itu mengesahkan sama ada ia mempertahankan laporannya.
 
"Kami diarahkan oleh pelanggan kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda, seperti dalam artikel itu, bahawa pelanggan kami menyalahgunakan hampir AS$700 juta dari 1MDB?
 
"Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti tentang 'sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang itu', manakala intipati umum artikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB,” kata surat.
 
Surat itu yang merujuk kepada artikel berjudul "Malaysia leader's accounts probed" yang disiarkan pada 2 Julai dan "Scandal in Malaysia" yang disiarkan pada 6 Julai.
 
WSJ dalam laporannya memetik dokumen siasatan ke atas syarikat 1MDB oleh pihak berkuasa Malaysia yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013. 
 
Perdana Menteri bagaimanapun sudah menafikan dakwaan itu. 
 
Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.
 
Pasukan khas itu semalam telah membekukan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.