Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

oooo ye ke !

Dedah maklumat perbankan, PDRM siasat WSJ

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
 
SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas Wall Street Journal (WSJ) mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 susulan tindakan media berkenaan mendedahkan beberapa maklumat perbankan membabitkan isu wang 1MDB dan Perdana Menteri, baru-baru ini.
 
Khalid pada satu sidang media dipetik sebagai berkata, siasatan di bawah akta sama dijalankan kepada mana-mana pihak yang dikesan terbabit dalam membocorkan maklumat perbankan termasuk pihak bank, pegawainya atau sesiapa sahaja yang tidak mendapat kebenaran untuk maklumat berkenaan dari Bank Negara. 
 
"Siasatan terhadap 1MDB itu satu perkara, namun kita juga akan jalankan siasatan berhubung kebocoran maklumat perbankan yang membabitkan isu itu. 
 
"Ini kerana kita menerima banyak laporan polis berhubung kebocoran maklumat perbankan dan sekiranya perkara ini dibiarkan, ia boleh mengancam ekonomi negara," katanya pada pemberita selepas melancarkan kempen Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral, Kuala Lumpur.
 
Sementara itu, pada sidang media sama, Khalid menegaskan, hasil siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai.
 
Dalam perkembangan terbaharu, Perdana Menteri sudah pun mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ berhubung artikel mendakwa wang 1MDB  telah disalurkan ke akaun peribadi miliknya.
 
Najib menerusi firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam satu surat yang diemelkan kepada pemilik WSJ, Dow Jones, meminta penerbitan itu mengesahkan sama ada ia mempertahankan laporannya.
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

Kerana menerima banyak laporan polis berkait kebocoran makumat perbankan, baru sekarang tergerak hati nak siasat.
Kau selalu sangat buat statment lawak. Kalau watak upin ipin org tak kesah sangat.

Anonymous said...

Dulu, kini dan x akan selamanya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.