Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS JANGAN BANYAK SANGAT ULAS, APA YANG PENTING NILAI DULU

BANYAK ULAS NAMPAK SEBAGAI SEMACAM GENTAR, PADA HAL KITA BELUM TAHU APA DASAR MEREKA, PARA PEMIMPIN SE ELOKNYA DIAM DAHULU, BIAR AHLI PERENGKAT BAWAH BUAT ULASAN MELALUI MAYA, DAN YANG DATANG KEMAJLIS HARAPAN BAHARU ITUPUN MEREKA HANYA HENDAK MENDENGAR SAHAJA, PADA SAYA TIDAKLAH MENJADI SALAH KECUALI AHLI PAS ITU KURANG TARBIYAH ATAU MEREKA MASIH TIDAK FAHAM DASAR PARTI YANG DISERTAINYA KERANA KEBANYAKAN MEREKA MENYERTAI PARTI ADALAH KERANA IKUT-IKUT ATAU KERANA SESUATU KEKECIWAAN, APA YANG PERLU IALAH PARA PIMPINAN BERSEDIA DAN MERANCANG UNTUK MEMBUAT TINDAK BALAS - Pak Karamu                                                                                                                                              
 Hanya NGO, tiada hala tuju, kata Zaidy

Zaidy Abdul Talib
Zaidy


SHAH ALAM - Ahli Pas yang menubuhkan dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) dinasihatkan supaya menimbang semula perjuangan yang didukung semasa dalam parti.  

Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib berkata, mereka tidak seharusnya membawa gagasan baharu yang belum mempunyai hala tuju. 

“Apa sebenarnya hala tuju kita semasa berada dalam Pas? Ia adalah untuk mendapatkan reda ALLAH. Saya sendiri sebagai junior dalam Pas masih ingat lagi nasihat-nasihat senior yang menyertai GHB ini agar beristiqamah terhadap perjuangan parti sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Eidul Fitr Peringkat  Negeri Selangor 2015 di pekarangan Stadium Shah Alam, semalam.

Beliau turut berpendapat GHB cuma sebuah NGO yang tidak membawa sebarang perkara baharu malah , bukan parti politik yang cuba memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, beliau percaya kumpulan itu juga tidak mempunyai hala tuju dan perjuangan yang jelas meskipun menjadi sebuah parti politik.

“Kita masih kurang jelas dengan hala tuju dan perjuangan mereka. Sokongan daripada sudut mana yang cuba dibawakan oleh GHB. Sudah memadailah dengan sokongan NGO yang menyokong pakatan rakyat selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Adun Taman Templer itu juga yakin GHB masih belum terpisah dengan Pas dan berharap pihak berkenaan memikirkan tindakan yang diambil sebelum menyertainya. 

Sementara itu, Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Sue Lim berkata, GHB adalah satu gerakan yang bakal memainkan peranan dalam kancah politik tanah air.

“Saya nampak gerakan baharu ini mampu menarik mereka yang sayang dan dahaga sikap kesederhanaan, progresif dan amanah dalam pemerintahan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berpendapat, masih terlalu awal untuk menilai sejauh mana keberkesanan usaha gerakan ini terhadap PR.

5 orang berkata:

Anonymous said...

terimaksih palarmu kerana ulasan dan nasihat beginilah yang kita mahukan ,bukan mencemuh membabi buta,mungkin melalui nasihat ini peminpin Pas akan diam.

Anonymous said...

Zaidi kau siapa nak ajar peminpin yang pernah kena isa ,kena penjara.kena sembur air asih.Who Are You?.kencing masih tak lurus nak ajar orang ,kau tu kerja lebih keras lagi agar penyokong Pas di Selayang tak lari untuk menyokong GHB.

Anonymous said...

Reda Allah dengan menyertai Pas? Apa benar kenyataan ini? Ada nas, dalil atau sunnah yg membenarkan? Atau rumusan fatwa yg mengiakanya. Jika ada, maka bertuahlah ahli Pas kerana kunci syurga dipegang oleh ulamak-ulamak mereka. Wallahu a'lam

Anonymous said...

Setakat gah kt siber je ghb ni...mcm pemilihan tu hari...beedegar2 berkempen...alih2 kalah dan terkejut...piirah...bula kene desak...ngaku ahli pas lg...chaitttt...

Anonymous said...

Ni susah berhujah dgn org suku penuh...ilmu xde tp nk persoal plak knp ijit pas hujah kot mana? Gilaaaa...org jenis mcm ni ng nas pun dia xpercaya...sbb hati tu dh tertarik dgn nilai2 hampir islam dap...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.