Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kenyataan yang kelamkabut

GHB bukan sebuah parti tapi ia adalah sebuah gerakan,  mungkin apabila ia didaftarkan dan diluluskan sebagai sebuah parti barulah ia memerlukan ahli, sekarang ini ia hanya memerlukan sokongan ramai, maksudnya apabila ada perhimpunan daripada GHB maka mereka mengharapkan sokongan, tak boleh daftar menjadi ahli sebab parti belum ada dan dasarpun belum ada, kita tidak tahu gerakan ini dasarnya sama ada kiri atau kanan  atau gerakan bawah tanah, biasanya bila disebut gerakan ia adalah separuh exstrem, mereka masih lagi ahli PAS, ertinya mereka masih bergaul dengan ahli PAS dan sebab itulah mereka masih menggunakan kemudahan asas milik PAS - Pak Karamu                                                                           
 
Tarik ahli Pas bukan matlamat GHB

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Gerakan Harapan Baru (GHB) mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu menjadi penyokong GHB dengan syarat faham matlamat penubuhan gerakan itu.

Timbalan Pengerusi GHB, Salahuddin Ayob ketika ditanya berhubung status ahli GHB di dalam Pas berkata, gerakan itu bukan parti politik. 

"Kita terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu bersama-sama dengan GHB,” katanya.

Salahuddin berkata,  mengikut perlembagaan mana-mana parti di Malaysia,  sesiapa sahaja yang menyertai parti politik lain serta-merta akan gugur keahlian sebagai ahli dalam parti itu.

“GHB tidak ada paksaan untuk sesiapa menjadi ahli, ia terbuka. Kita ada 28 juta rakyat Malaysia. Ahli Pas hanya ada dalam satu juta.

“Kita ada pasaran yang lebih luas lagi. Rakyat yang mahu menyokong GHB boleh sertai gerakan ini,” katanya.

Menurutnya, menarik ahli Pas ke dalam GHB bukanlah matlamat dan fokus GHB. “Tidak semestinya ahli Pas sahaja. Kita tidak fokus kepada ahli Pas.  Kita tidak mahu. Pas bukan fokus kepada matlamat GHB,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

x boleh la sekadar gerakan..ko x boleh pisahkan politik demokrasi ngan agama ko..sebab kalo ko pisahkan politik demokrasi dgn agama ko..pas kata kafir..jgn sekali2 pisahkan,pas cakap x boleh..register cepat..kang x pasal2 sembelihan ko haram di makan...
hehe

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.