Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS JANGAN CAKAP SAHAJA

SEKARANG RAKYAT  SEDANG DAN AKAN BERCAKAP TENTANG DAP SANA SINI, DAP MUNGKIN BERTAMBAH BERANI SEBAB ADANYA ORANG PAS/MELAYU YANG BERI AIR PADA DAP, SEBAB TU DAP TERLAJAK-LAJAK, YANG DI TAKUTI IALAH APABILA TERLEBIH TERLAJAK ITU MENGUNDANG RESIKO BERAT,  JIKA IANYA BERLAKU MAKA YANG BAGI AIR ITULAH YANG AKAN TURUT MENANGGUNG RESIKO, RAKYAT SEDANG MEMERHATI MEREKA - Pak Karamu
 
DAP sedia hadapi Pas di mahkamah

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bersedia menghadapi tindakan undang-undang daripada kepimpinan Pas berikutan pemecatan wakil parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Keputusan Pas untuk saman kerajaan negeri bukan satu perkara yang menghairankan dan kami bersedia menghadapi mana-mana pihak di mahkamah," kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP kepada pemberita di sini hari ini.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof dalam kenyataannya semalam berkata Pas akan memfailkan saman terhadap kerajaan negeri berhubung isu pemecatan wakil parti itu dalam pentadbiran negeri.

Bulan lepas, kerajaan negeri memecat Timbalan Pesuruhjaya I Pas Pulau Pinang Mohd Fadzil Kemi daripada jawatan Pegawai Penerangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Ketua Menteri serta sebagai wakil Pas dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Pemecatan itu berikutan keputusan Muktamar Pas baru-baru ini meluluskan usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan DAP yang sebelum itu telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ketegasannya mahukan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud di Kelantan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.