Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERITA YANG SELALU MENGUNDANG RESIKO

 BOLEH MENGUNDANG SUASANA APA JIKA KELIRUKAN RAKYAT ? - Pak Karamu
 
Guan Eng, jangan kelirukan masyarakat!

Khalid Abu Bakar
 
Laman Twitter Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
 

SHAH ALAM –  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya jangan mengeluarkan dakwaan yang boleh mengelirukan masyarakat.
Khalid menjawab kenyataan Guan Eng berkaitan kes membabitkan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang tidak ditahan di bawah Akta Hasutan.

“BN tiada kena mengena dengan siasatan polis terhadap sesiapa. Jangan kelirukan masyarakat,” katanya seperti yang dipetik menerusi muatnaik paparan status di laman mikro Twitternya.

Malah menerusi tweetnya sebelum itu, Khalid berkata, siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan bersesuaian dengan fakta kes membabitkan Mashitah.

"Tidak ada berat sebelah," tulisnya lagi.

Guan Eng sebelum ni mendakwa BN dan KPN mengamalkan siasatan terpilih dalam menjalankan siasatan terhadap pemimpin Umno dan pihak yang menentang Umno.

Pemimpin DAP itu menerusi laman sosial Facebooknya meminta penjelasan mengapa Mashitah tidak disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Jika Ketua Polis Negara ikhlas dan serius dalam komitmennya ke arah mengekalkan keharmonian pelbagai kaum, maka beliau harus menangani semua kes hasutan dengan saksama,” ujarnya.

Mashitah sebelum ini didakwa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Kedah membakar al-Quran dalam satu ritual agama.

Beliau didakwa berkata demikian ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, tahun lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.