Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAKIT TELINGA HARAPAN BARU MENDENGAR PENAFIAN INI

Tiga YB nafi sertai Harapan Baru

Harapan Baru
KOTA BHARU - Tiga wakil rakyat yang didakwa dikaitkan dengan penubuhan Harapan Baru menjelaskan mereka masih setia dengan perjuangan Pas.

Desas-desus pembabitan mereka dalam gerakan oleh kumpulan progresif Pas berlaku apabila nama mereka menjadi viral untuk hadir sebagai penceramah semasa majlis pelancaran Harapan Baru pada 19 Julai lalu di Kota Bharu.


Menurut Adun Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim, sehingga kini beliau masih setia dengan perjuangan Pas yang didukungnya selama ini.


“Saya masih wakil rakyat Pas, saya dipilih oleh parti Pas untuk bertanding atas tiket Pas,” katanya.


Mohamad Zaki yang juga bekas Setiausaha Pas Kelantan berkata, beliau tidak mahu menghampakan dan mengkhianati kepercayaan diberikan pimpinan serta penyokong sejak pertama kali bertanding pada 2004.


Sementara itu, mengulas mengenai sumpah bai’ah, Mohamad Zaki berkata, beliau tidak terkecuali dan turut melakukan perkara sama selepas menang pada PRU12.


Sambil mengakui isi kandungan sumpah bai’ah sebagaimana yang tersebar menerusi media sosial, Mohamad Zaki menjelaskan, beliau melakukannya tanpa sebarang paksaan.


“Itu (angkat sumpah) adalah tanda kesetiaan saya pada Pas. Setiap kali bertanding saya akan angkat sumpah,” katanya.


Sementara itu, Adun Tendong, Mohd Rozi Mohamad menafikan beliau terlibat dengan Harapan Baru sebagaimana terkandung dalam poster kempen gerakan berkenaan, baru-baru ini.

Mohd Rozi berkata, beliau masih setia dengan perjuangan Pas dan menganggap Harapan Baru tidak sesuai untuk digerakkan di Kelantan.


“Saya menafikan sekeras-kerasnya dan saya tidak terlibat dengan Harapan Baru dan saya masih setia dengan Pas,” katanya.


Berhubung gambarnya yang turut disiarkan dalam kempen gerakan tersebut, beliau menjelaskan, persetujuan awal untuk meletakkan foto beliau adalah untuk tujuan hebahan majlis sambutan hari raya bersama perantau.


“Setelah saya menerima jemputan untuk memberikan ceramah bagi melancarkan gerakan tersebut, saya membuat keputusan tidak menghadirkan diri,” katanya.


Dalam pada itu, memetik Bernama, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, beliau tetap kekal berjuang bersama Pas.


Malah katanya, beliau berhasrat untuk menawan dua lagi kerusi Dun yang dimenangi oleh BN iaitu Semerak dan Selising pada pilihan raya umum akan datang.


Menurutnya, pihaknya kini turut memantau hala tuju dan corak kepimpinan Harapan Baru  sama ada ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Pas.


“Sehingga ini perjuangan mereka masih kabur dan tidak menentu,” katanya.


Ditanya mengenai bai’ah, beliau juga Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh berkata, mereka berkenaan perlu merujuk terlebih dahulu dengan ulama yang muktabar (masyhur) untuk mendapatkan pandangan.


“Saya bimbang jika mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya, secara automatik akan menggugurkan talak tiga ke atas isteri yang tersayang,” katanya dipetik.


Bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar dan Dr Hatta Ramli menyertai gerakan berkenaan, manakala bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa masih belum menyatakan pendirian secara jelas mengenai perkara tersebut.

14 orang berkata:

Anonymous said...

Orang sakit telinga aje,tapi kau pakakrmu sakit hati ,sakit jiwa ,sakit dendam,dengki khianat penipu semua ada dalam jiwa kau dan golongan ularmak Pas,hari2 takda kerja lain hanya mencari kononya keslahan orang ,sedarlah .muka macam setan daaaaaa,cuab kau lihat betul gambar kau tu.

Anonymous said...

GHB hanya mempelawa...kalau tak nak tak apa...tak ada hal punya.
Kita GHB hati terbuka. Kita sedia menerima kritikan demi kebaikan dan penambahbaikan. Jenis celaan dan fitnah2 tak tentu hala tu kami masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kami tak kuasa nak penuhkan otak dan dada kami dengan benda2 karut-marut tu. Buang masa kami saja sedangkan perjuangan kami untuk membawa warga muda dan marhaen keseluruhannya masih terlalu panjang. Kami tak mahu sifat gelabah, haru-biru, dengki dan kotor lahir dan membesar dalam jiwa kami. kami tak mahu kami susah tidur malam hanya memikirkan perkara remeh-temeh yang ditimbulkan oleh golongan tidak bermaruah. Satu saja, bila kami keluar dari kapal yang hampir karam, kami mengimpikan untuk mencipta kapal besar yang lebih kukuh untuk menentang badai besar di lautan.

Untuk anak2 muda, bijak bistari restuilah perjuangan kami. Marilah bersama kami membina negara dan masa depan yang lebih terjamin berlandaskan Islam dan keadilan. Peluang rakan2 muda tidak seharusnya disekat atau dimonopoli oleh segelintir pihak yang gila kuasa untuk mencapai kehendak yang tidak pernah terbatas. Anak muda perlu diberi peranan menentukan jalan sendiri tanpa mengikut telunjuk golongan tertentu yang kononnya berjuang untuk Islam tetapi sebenarnya bertopengkan ugama untuk kuasa dan kelompok sendiri.

Orang muda perlukan perubahan, anjakan paradigma bagi menentukan masa depan negara. Semangat anak muda tidak boleh diikat dengan institusi wala' dan baiah yang mengarut dan tidak pernah diamalkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad mahupun khalifahnya yang empat. Hanya di sini sahaja wala dan baiah yang menghadiahi isteri dengan talak 3 berlaku dalam suasana yang dikatakan oleh parti berasaskan Islam. Baiah apakah itu? Dari ayat dan kitab manakah baiah mentalakkan isteri dengan talak 3 itu lahir? Siapakah tokoh agamawan atrau ulamak yang telah mengesyorkan baiah itu hingga menjadi ketetapa parti?

Terpulanglah. Jika mereka masih berpegang pada baiah karut dan bertentangan dengan institusi kekeluargaan itu, teruskanlah Kami penyokong GHB tidak akan menoleh ke belakang pada parti yang kami rasa terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada sang isteri. Patutkan hanya kerana hendak menyelamatkan parti drp ditinggalkan penyokong, maka baiah kejam itu diperkenalkan. Adakah Allah akan menerima baiah itu?

GHB akan terus hidup, membesar dan berkembang. Sama seperti sepohon pokok yang dibaja dengan kemas, GHB akan membiak, merimbun dan benihnya akan berkembang tumbuh dan memayungi warga marhaen di negara ini. GHB umpama pohon yang bakal rimbun tidak akan pernah membiarkan anak2 muda dan golongan marhaen terbiar kepanasan, terbiar kesejukan dalam mengharungi hidup dalam alaf global ini. Kerimbunan pohon GHB itu bakal memayungi mereka dan menjadi pendinding mereka daripada terus hanyut dipukul oleh golongan yang bernafsukan harta dan berimankan kuasa....

Selamat datang GHB.....

Anonymous said...

Masih adakah manusia yang berotak ingin menyertai PAS apabila walak dan baiah yang dikenakan kepada mereka ialah menceraikan isteri dengan talak 3??? Sanggupkah mereka yang telah menyimpul ikatan kasih-sayang sehidup-semati, berjanji hingga ke jannah, mengorbankan perjanjian suami isteri demi untuk parti??

Bagi diri saya, tidak sama sekali.
Bagi saya keluarga, isteri dan anak2 adalah segala-galanya.
Saya bukan pengkhianat kepada keluarga saya sehingga sanggup mengorbankan mereka semata2 hanya untuk mempertahankan seorang dua manusia yang tamakkan kuasa dan pangkat. Demi Allah, parti sebegini tidak pernah akan saya pandang atau saya hampiri. Demi Allah.

Anonymous said...

SEBELUM MUKTAMAR...
-ko barua, ko munafik, ko bengap, ko lawan ketua, ko wakil Dap, ko ahli LGE LKC, ko keluarlah, ko buat parti barulah, ko pil kuda.......

SELEPAS MUKTAMAR....
-ko keluar parti ko tak wala, ko dah baiah, ko pikir dulu sebelum keluar parti, ko bila nak keluar drp ahli, duit elaun ko tu haram, parti baru ko tak tahan lama, perjuangan ko tak berguna sbb ko buat parti baru, ko keluar kira ko talak bini talak 3, dulu ko kata lain sekarang ko buat lain, ko dapat dana drp Dap, ko berwalikan Dap......

SEBENARNYA....
-dulu ingat lepas dapat kuasa maka tak ada apa2 berlaku. Sekarang meracau siang malam, sampai buat bahasa puisi sebab rasa gelisah kerana merasakan parti akan terlungkup. Memang risau kerana PRU14 pun dah tak lama lagi, bimbang sangat kalu Kelantan pun jatuh balik kat BN. Mau tak mau meracaulah siang malam supaya orang bawahan terus bangang dan meneruskan walak dalam baiah bersifat bangang. Namun untungnya ada juga macai2 yang menyambung usaha pas....macai yang sudah berbaiah dan tak tau nak buat apa sbb kalau keluar baiah jatuh. Sapa tak sayang bini oiiii....

Anonymous said...

Nasib baik kita tak sempat hantar borang masuk Pas
kalu tak dah tentu kena kencing

Anonymous said...

Sebenarnya kalu GHB ni nak lingkupkan Pas bukanlah susah sangat. GBH banyak anak muda yang sedia menyusun strategi di seluruh pelosok kampung dan desa bagi memastikan Pas terlungkup. Namun, memandangkan bukan itu tujuan sebenar penubuhan GHB maka GHB tidaklah sejahat dan sekejam itu untuk memusnahkan Pas, biarpun setiap masa dan detik Pas mengambil kesempatan untuk memusnahkan GHB yang umurnya belum pun menjangkau satu bulan. Objektif GHB adalah untuk rakyat, berjuang untuk keadilan rakyat dan bukan menjatuhkan Pas. GHB bersedia berjuang bersama2 dengan sesiapa sahaja asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan rakyat jelata selari dengan kepentingan agama islam sebagai agama utama di negara kita.....

Celalah GHB semahu mungkin, kerana kami tidak akan menyerah mahupun berundur walau seinci. GBH hanya untuk rakyat....

Anonymous said...

Selepas 3 bulan muktamar berakhir, tiada lagi isu2 besar tentang rakyat yang lahir dari mulut pemimpin Pas. Mengapa ye?? Adakah Pas sudah mulai layu kerana kehilangan para pemimpin yang aktif dan progresif?? Atau adakah kerana Pas sudah kaku dan tidak dapat merasai lagi denyut nadi kehidupan rakyat??

Anonymous said...

Mudah2an gabungan PR2.0 ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat seperti pada zaman Khalifah Umar sebelum memperkenalkan hudud kepada umat Islam di negara ini. Kami tidak menentang hudud malah menanti kehadirannya...In Sha Allah waktu itu akan hadir juga.

Anonymous said...

Selepas didaftarkan nanti, kami penyokong GHB berharap agar PR2.0 dapat memberi lebih masa kepada mangsa2 banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang kebanyakannya masih terbiar hidup dalam kedaifan. Kehadiran dan usaha anda adalah amanah yang perlu dilaksanakan dan sumbangan sekecil mana sekalipun amat mereka hargai. Jangan biarkan mereka seperti yang berlaku pada hari ini. Lawat dan kunjungilah mereka dengan lebih kerap dan rapat. Kamu adalah harapan bagi mereka...In Sha Allah

Anonymous said...

Ada macai kata GBH ialah GENG HAMBAT BABI.
Saya setuju. kita sebagai GBH perlu menghambat semua babi supaya babi2 itu masuk semula ke dalam hutan. Biarkan babi2 itu tinggal di sana bersama puak2 mereka sahaja. Jika mereka sudah hidup di hutan sana, maka tiadalah masalah tanaman dirosakkan. Maka akan hidup aman dan makmurlah rakyat marhaen di kampung atau di pekan...

Anonymous said...

Ada macai kata GHB makan babi bersama LKC. Ada pula pemimpin yang kata mereka berwalikan Dap. Saya kesal kerana perkataan itu lahir dari mulut seorang yang mengaku Islam. Fitnah apakah ini? Cuma saya ingin tahu, bila meereka makan babi dengan LKC. Bila masa pula mereka mengaku berwalikan Dap. Menuduh mereka berwalikan dap samalah maknanya menuduh mereka mensyirikkan Allah dengan Dap.... Apakah wajar perkataan ini lahir dari mulut seorang ketua Islam??

Anonymous said...

Mari kita beramai ramai kehadrah Allah agar penzalim yang telah diberi amanah ditarik Allah rahmat hidupnya mengkhianat amanah yang diberi dengan memberi undi. Aku tak kenal Dr Mariah tapi dia wakil dari parti yang aku pilih aku memberi amanah undi aku sekeluarga. Waallahi aku HARAM kan undi aku sekarang dan waallahi aku akan tuntu di akhirat. Doa akan aku terus sehingga laknat Allah pada dia.

Anonymous said...

Mari kita beramai ramai kehadrah Allah agar penzalim yang telah diberi amanah ditarik Allah rahmat hidupnya mengkhianat amanah yang diberi dengan memberi undi. Aku tak kenal Dr Mariah tapi dia wakil dari parti yang aku pilih aku memberi amanah undi aku sekeluarga. Waallahi aku HARAM kan undi aku sekarang dan waallahi aku akan tuntu di akhirat. Doa akan aku terus sehingga laknat Allah pada dia.

Anonymous said...

Mari kita beramai ramai kehadrah Allah agar penzalim yang telah diberi amanah ditarik Allah rahmat hidupnya mengkhianat amanah yang diberi dengan memberi undi. Aku tak kenal Dr Mariah tapi dia wakil dari parti yang aku pilih aku memberi amanah undi aku sekeluarga. Waallahi aku HARAM kan undi aku sekarang dan waallahi aku akan tuntu di akhirat. Doa akan aku terus sehingga laknat Allah pada dia.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.