'Penyamun' dipaksa makan najis lembu
JENGKA - Malang buat dua lelaki yang dituduh mencuri lembu apabila
bukan sahaja dibelasah, tetapi dipaksa makan najis haiwan ternakan itu
selain kereta dinaiki mereka turut dibakar.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di Felda Jengka 17 pada Selasa
lalu, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu parah di
kepala dan tangan serta kini menerima rawatan di Hospital Jengka.
Gambar dan video mereka dipaksa mengunyah najis lembu dimuat naik di
laman sosial sehingga menjadi viral serta mendapat pelbagai reaksi orang
ramai.
Ada yang menyokong dengan tindakan dilakukan ke atas mangsa kerana
kesalahan mencuri, malah tidak kurang menyifatkan perbuatan menyumbat
najis lembu dan dipaksa mengunyah sebagai keterlaluan.
Mengikut komen pengguna laman Facebook Suara Penduduk Jengka, kedua-dua
lelaki tersebut yang disyaki mencuri lembu disedari pemilik haiwan
berkenaan sebelum mengekori sehingga ke sebuah kandang ternakan lembu di
dalam kawasan ladang sawit di tanah rancangan itu.
Sebaik tiba di pintu pagar kandang, kedua-duanya dicekup sebelum
dibelasah sekumpulan penduduk dan dipaksa makan najis lembu serta
membakar hangus kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mangsa.
Namun jumlah lembu yang dicuri dan cara haiwan itu dibawa oleh mangsa ke kandang berkenaan tidak dinyatakan.
Terdapat pula dakwaan mengatakan kandang ternakan dimiliki seorang
peneroka itu terlibat dengan urusan jual beli lembu curi, malah meminta
individu yang ada kehilangan lembu agar ke lokasi untuk melakukan
pemeriksaan.
Dakwaan tersebut mendapat reaksi positif apabila tinjauan pihak media
mendapati beberapa penternak lembu dari kawasan sekitar pergi ke kandang
dimaksudkan untuk berbuat demikian.
Usaha mendapatkan maklum balas daripada pemilik kandang tersebut gagal,
malah individu yang mengaku haiwan ternakannya dicuri oleh dua lelaki
itu juga tidak kelihatan.
Tambah meragukan apabila individu yang mengatakan haiwan ternakannya
dicuri oleh dua lelaki terbabit tidak membuat sebarang laporan polis.
Sebaliknya laporan polis dibuat oleh pemilik kandang ternakan berkenaan
bagi menafikan dakwaan terlibat dengan urusan jual beli lembu curi.
Salinan laporan polis itu kemudian dimuat naik di laman Facebook bagi
melakukan penafian dengan menamakan seorang pengguna Facebook yang
secara nyata melakukan dakwaan tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Asisten Superintendan Mat
Rizal Mat Radzi mengesahkan laporan polis dibuat seorang pekerja kandang
pada jam 10 malam di Balai Polis Bandar Jengka sehari selepas kejadian
yang memaklumkan kejadian dua rakan sekerja dipukul oleh sekumpulan
penduduk di hadapan pintu pagar kandang berkenaan.
Mat Rizal berkata, dua lelaki tersebut disyaki mencuri lembu milik seorang peneroka tanah rancangan itu.
Menurutnya, mangsa menerima rawatan di Hospital Jengka kerana mengalami
kecederaan di kepala dan tangan akibat kekerasan menggunakan sesuatu
objek.
“Mangsa dilaporkan stabil dan pihak polis sedang menjalankan siasatan
lanjut bagi mengenal pasti kejadian sebenar. Maklumat awal diperoleh
dari pekerja dan mangsa manakala usaha mengesan saksi kejadian giat
dilakukan.
“Sebuah kereta Persona yang merupakan kenderaan sewa di hadapan pintu
pagar kandang dipercayai dibakar kumpulan terbabit,” katanya.
Mat Rizal berkata, pihaknya turut menyiasat sebarang kemungkinan
berlaku salah faham dalam insiden itu atau dua lelaki terbabit
sememangnya mencuri lembu seperti didakwa.
Justeru, saksi yang melihat kejadian tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Beliau turut menafikan khabar angin mengatakan salah seorang mangsa telah meninggal dunia.
1 orang berkata:
michael kors handbags
fitflops sale clearance
adidas nmd
ugg outlet
nba jerseys
polo ralph lauren
polo outlet
los angeles clippers jerseys
oakley sunglasses
cheap ray bans
Post a Comment