Harapan Baru tidak mampu jadi tunjang kukuh
KUALA LUMPUR - Gerakan Harapan Baru yang dicanang menyertai gabungan
baharu pembangkang menggantikan Pas dilihat tidak mampu menjadi tunjang
kukuh dalam meraih sokongan rakyat terhadap pakatan itu.
Menurut penganalisis dan ahli politik, Harapan Baru yang dicetuskan beberapa bekas pemimpin kanan Pas daripada kumpulan progresif tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, malah kredibiliti pemimpinnya sendiri boleh dipersoalkan kerana bukan sahaja ditolak parti malah rakyat.
Misalnya, bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu tewas dalam pemilihan parti pada Muktamar baru-baru ini dan kalah dalam beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) termasuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu (PRU-12) dan Pendang (PRU-13) atas tiket Pas.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa daripada Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak berkata mustahil bagi Harapan Baru mendapat sokongan yang besar memandangkan anggota Pas di peringkat akar umbi tidak mungkin berpaling tadah, sebaliknya akan terus menyatakan sokongan padu terhadap Pas.
Beliau berkata ahli Pas juga sedar bahawa Harapan Baru ditubuhkan atas landasan rapuh berpaksikan kepada emosi segerombolan bekas pemimpin Pas yang kecewa akibat disingkirkan daripada barisan kepimpinan parti itu pada pemilihan Muktamar yang lepas.
" Harapan Baru tidak akan pergi jauh dan gerakan baharu itu juga dilihat tidak akan mempunyai jangka hayat yang panjang dalam kancah politik negara," katanya kepada Bernama.
Mohamed Mustafa berkata kemelut seumpama ini sebenarnya wayang yang diulang tayang dalam parti Pas yang sebelum ini pernah berpecah sehingga tertubuhnya parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).
Penganalisis politik itu berkata Berjasa walaupun masih ada pada hari ini namun sudah tidak popular dan tiada siapa yang mahu menyertai parti itu.
Berbeza dengan Pas katanya, parti itu masih kekal utuh sehingga hari ini dan boleh berjuang sendirian dengan sokongan padu penyokongnya.
"PKR pula, mereka terpaksa menerima Harapan Baru kerana ada dalam kalangan pemimpin gerakan baharu itu menyokong agenda Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, mereka tidak mengikut acuan sebenar Pas dan berusaha mentransformasi Pas agar selari dengan PKR dan DAP," katanya.
Bagi Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Abdullah, penubuhan Harapan Baru tidak memberi impak yang serius terhadap Pas walaupun bakal kehilangan beberapa wakilnya di Parlimen.
"Bila tertubuhnya Harapan Baru, secara automatik keahlian mereka yang terlibat akan tergugur daripada Pas dan mereka sudah tidak boleh mewakili Pas lagi di Parlimen walaupun masih kekal sebagai Ahli Parlimen. Namun, secara moralnya mereka perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini mereka bertanding atas tiket Pas," katanya.
Pas memiliki 21 kerusi di Parlimen dan didakwa bakal kehilangan beberapa wakilnya jika Harapan Baru ditubuhkan secara rasmi pada 14 September kelak.
Mengenai reaksi Pas yang sehingga kini masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap ahlinya yang secara terbuka menyatakan penglibatan mereka dengan Harapan Baru, Mohd Amar berkata pihaknya hanya akan bertindak jika menerima laporan rasmi melalui saluran yang betul.
"Setakat ini, kami hanya mengetahui mengenai perkembangan Harapan Baru melalui laporan media selain memantau dan mengumpul maklumat mengenai perkara itu daripada pelbagai sumber lain," katanya.
Sementara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dalam kenyataan di sini turut menegur sikap segelintir ahli yang sanggup meninggalkan parti, apabila tidak lagi terpilih membarisi kepimpinan tertinggi Pas.
Mengambil contoh perjuangan para sahabat pada zaman kepimpinan Rasulullah, beliau berkata walaupun dikenakan pelbagai tindakan seperti dilucut jawatan dan tidak terpilih menyertai sesuatu misi, mereka masih kekal dalam jemaah.
"Sesiapa yang tidak istiqamah di atas dasar, aqidah dan matlamat pasti berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar dari jemaah," katanya. - Bernama

2 orang berkata:
yang kau orang gelabah macam babi demam je kenapa ,mengapa kau sibuk sangat dengan GHB ,biar lantak dia orang lah ada sokongan ke takda sokongna nak hidup 2 tahun ke dan mati cepat ke ,apa kau peduli,kalau dah bodoh memnag susuah untuk di ajar ,lagi2 bodoh sombong,Hantu kat belakang GBH ialah kau pakkermu .tenguk wajah kau dan latar belakng ,2 biji macam setan da./
Orang yg sudah dalam ketakutan akan mencipta apa sahaja supaya org lain melihatnya gagah. Dia akan mencari seribu satu alasan rernasuklah menakutkan musuh dengan ayat Quran yg dipilih2 serta ancaman baiah yg mengarut dan bertenrangan dgn islam sebenar. Mereka yg gelisah dan ketakutan akan mencipta setibu satu dalil palsu supaya lawannya kelihatan lemah. Mereja yg ketakuran hanya akan mencari jalan melemahkan lawan sedangkan tiada satupun yg dibuatnya utk menguatkan diri sendiri. Mereka akan kecewa dan tidak akan mampu bangkit lagi kerana sokongan anak muda progresif dan rakyat marhaen keseluruhannya semakin menjauh.
Yg mampu mereka lakukan sekarang ialah menggandakan fitnah, menyuburkan adu domba dan menanti belas kasihan drp pengundi. Mereka cuma pandai berkata2 keji tetapi tidak mampu berbuat apa2.
Mereka bakal kecewa di hujung usia, mengundur ke belakang dan ditinggalkan oleh rakan dan lawan. Mereka tidak sehebat mana kerana kehebatan mereka cuma bersandarkan sejarah dan bukan kenyataan nyata.
Mereka akan tertinggal jauh kebelakang, kaku dan akhirnya padam dalam lipatan sejarah.
Akhirnya anak2 muda kita tidak akan lagi mengenali siapakah sebenarnya PAS.........
Post a Comment