Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA DALANG DAN TUJUANNYA ?

Ada dalang di sebalik dakwaan salur dana 1MDB





Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein. - Foto Sinar Harian oleh SHARUFUDIN 


KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya ada dalang di sebalik dakwaan penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun Perdana Menteri.

Hishammuddin berkata ini kerana sejak kebelakangan ini serangan terhadap kepimpinan negara dan kerajaan dilihat bertalu-talu termasuk dakwaan terbaru itu.


Bagaimanapun, beliau beranggapan perkara berkenaan sebagai asam garam dunia tanpa sempadan.


"Ini tak unik kepada negara kita sahaja," katanya kepada pemberita sebelum menyertai majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.


Hishammuddin berkata demikian ketika ditanya sama ada wujud dalang di sebalik dakwaan berkenaan.


Jumaat lepas, The Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan laporan yang mendakwa hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Berikutan itu sebuah pasukan khas dianggotai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed ditubuhkan.


Semalam, pasukan petugas khas itu mengarahkan enam akaun bank individu yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut dibekukan.


Ditanya pandangannya terhadap pasukan petugas khas berkenaan, beliau yakin anggotanya adalah di kalangan mereka paling berwibawa, justeru berharap rakyat tenang, tidak emosi dan menunggu siasatan sepenuhnya selesai.


"Akhirnya yang benar tetap benar kita jangan terikut-ikut dengan tuduhan tidak ada asas kukuh, tidak ada bukti.


"Jangan buat spekulasi memecahbelahkan perpaduan sesama kita, dan menuduh orang yang mungkin tak bersalah," katanya.


Najib hari ini dilaporkan mengambil langkah pertama tindakan undang-undang terhadap WSJ berkaitan artikel berkenaan.


Bertindak bagi pihaknya ialah Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang menghantar surat hari ini kepada Dow Jones, penerbit WSJ, meminta pengesahan tentang pendiriannya dalam tempoh 14 hari berkaitan dakwaan dalam artikel itu yang disiarkan pada 2 dan 6 Julai lepas.


Mengulas mengenai tindakan berkenaan, Hishammuddin beranggapan ia merupakan jalan terbaik. - Bernama

2 orang berkata:

XUMNO said...

Seperti biasa, nafi itu, nafi ini. tuduh sana tuduh sini. Favourite tackline "ada dalang". Masih tak sedar dalang dan petualang adalah diri dan parti sendiri. Masih butakan mata, masih pekakkan telinga sedangkan seluruh dunia melihat kebejatan kamu semua. Rakyat sudah lama tahu duit itulah yang dibawa kehulu hilir berbeg2 semasa kempen pilihanraya dulu. Masih ingat lagi tak menteri bawa berbeg2 sendat dengan duit dari helikopter masa kempen pilihanraya dulu untuk rasuah orang kampung?

NajibNazak said...

Nanib adalah petualang semua kemelut 1MDB. Jenis barua UMNo.. mana mahu.mengaku, yg tahu asyok salah sana sini org itu org ini. Polis patut siasat dakwaan bukan cari dalang. Cari petualang. Enuf by being Barua

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.