Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERNAMPAK ADA KIRA BICARA DISANA TAPI MENGAPA SERANG PAS ?

MAIN POLITIK LAGI ? DIMANA FAEDAHNYA PAS JIKA MAT SABU KATA PAS SUDAH TIDAK RELEVAN ? JIKA NAK KOKOHKAN GHB UNTUK FAEDAH PAS APA JALANNYA ? APA YANG KITA NAMPAK IALAH SUATU MUSLIHAT GHB UNTUK MEMANCING AHLI PAS BUKAN UNTUK MENGUKUHKAN PAS, SETELAH GHB KUKUH DENGAN SOKONGAN  AHLI PAS MAKA TERKULAI LAYULAH PAS DAN SELAMAT TINGGAL PAS ! BIJAK WAYANG INI, MUNGKIN MUSLIHAT INI ADA DALANG DIBELAKANG GHB, LAINLAH JIKA GHB INI HANYA  SEBUAH NGO - Pak Karamu
 
GHB hanya beri gelisah kepada Umno

Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM – Kehadiran Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam lanskap politik negara sebagai parti Islam alternatif kepada Pas tidak sesekali menguntungkan Umno dan BN dalam memenangkan parti pemerintah itu pada PRU14 akan datang.
Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan kehadiran parti baharu itu hanya menambahkan kegelisahan Umno dan BN susulan mereka masih membawa agenda sama dalam gabungan parti pembangkang dalam PR sebelum ini.

“Macam mana pula menguntungkan Umno.....dulu Umno satu-satunya musuh dan lawan yakni Pas...sekarang Umno ada dua musuh...lagi beratlah Umno nak mendepaninya...itu pun kalau Pas masih nak lawan Umno.

“Kalau Pas terus menyerang Umno dan kami (GHB) menyerang Umno, maknanya dua kali serang, apa untungnya Umno dari segi itu? Jadi Umno tidak akan rasa selesa dengan kami, Umno tidak akan dapat keuntungan dengan kami,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad dalam satu kenyataan pada Ahad mendakwa kemunculan GHB dalam lanskap politik negara hanya akan menguntungkan BN.

Katanya, ini kerana tumpuan GHB sekarang adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli Pas dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.

 Mengulas lanjut, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu turut menasihatkan Exco Selangor dari Pas itu supaya tidak bimbang dengan kerusi dan undi yang telah dimenangi Pas pada PRU13 lalu dan masih terlalu awal untuk menyalahkan GHB.

“Kalau kita betul-betul nak berbincang tentang politik, tunggu pilihan raya, kita bincang, kalau betul-betul ada keterbukaan dan keprihatinan untuk tidak mengizinkan Umno mendapat untung, datang waktu itu, kita bincang.

 “Tetapi sekarang ini, yang jelasnya bagi kami ialah serangan dua penjuru dari Pas dan GHB itu, saya kira akan memperkukuhkan serangan terhadap kerajaan BN dan menjadi dua kali kuat pukulan itu kepada BN,” katanya lagi.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Elehhhh.....
Pas apa nak risau. Ahli2 Pas kan wala'on pada pemimpin ulamak. Buktinya masa undi muktamar hari tu kan ker dah terbukti sokong ulamak Pas. berapa kerat sangatlah yang nak pindah ker parti baru ni punnn.... Yang tak nak ulamak Pas biarlah mereka pilih jalan sendiri.Pas kan dah ada wala'on2. Lagipun kan ulamak pas dah cakap parti baru tu paling lama pun cuma 2 tahun bernafas....Tak payahlah nak bising2.

Tak payah la nak bising2. Tak payahlah nak risau2. Wala"on aje la...

Anonymous said...

Dr zul makin lama nampak makin bodoh pulak.nak tumbangkan BN mesti satu lawan satu kalau PAS bertanding PHB bertanding lawan BN pecah la undi tuk pembangkang.
lagi satu tiap hari PHB hanya menumpukan serangan pada ulama PAS.bukan kah itu kerja BN

Anonymous said...

Kau kata Dr zul bodoh,yang kau tulis tu tak ke bodoh diri sendiri,kau pandai tulis kata orang bodoh rupayana ternyata bodoh tu adalah diri kau sendiri.Apa yang kau takut dengan BN dan GHB ,kita kan kuat ,kita (PAS) tak perlu takut menghadapi semua ini.yang penting kita terus kuatkan parti kita,kita mesti bersedirian ,kita tak mahu bergabung dengan Umno.Lain kali kalau nak komen jangan sampai oarng liahat kau ni bodoh,ingat ,kuatkan Pas,

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.