Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG MULA-MULA MELEMAHKAN PR

Mula PR pecah adalah tindakan DAP menghalang  PAS dari memperjuangkan dasarnya, rentetan dari peristiwa langkah Kajang yang sia-sia konon untuk ke Putra Jaya, kemudian berbagai probokasi berlaku lalu DAP Sarawak dan Sabah memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS. Takut dengan kehilangan pengaruh pokitik mereka di Sabah dan Sarawak maka DAP pusat tak ada pilihan melainkan memusuhi PAS secara berterusan.
 
Pada DAP yang perlu diperangi pada PAS adalah dasarnya yang membawa islam yang asli, setakat masa itu pergolakan belum lagi betul-betul panas tapi PR sudah lemah, DAP meneruskan cita-citanya untuk lenyapkan PAS hanya menunggu Muktamar yang sebelumnya DAP dah mula kempen pada golongan Prograsif, apabila prograsif kalah maka merekapun tersangat amaaaaat keciwa lalu sisyorkan tubuh parti baru lawan PAS dan menggantikan tempat PAS dalam PR (yang tergantung) - Pak Karamu                                                                             
 
Kewujudan Harapan Baru bukti PR makin lemah

Irmohizam Ibrahim
Irmohizam Ibrahim

SHAH ALAM –  Kewujudan Gerakan Harapan Baru yang dijangka akan sertai gabungan baharu pembangkang menggantikan Pas membuktikan PR kini semakin lemah, rapuh dan tidak dapat mewakili rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, Harapan Baru ini tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

Katanya, kredibiliti pemimpin yang terlibat dalam Harapan Baru ini ditolak bukan sahaja dalam kalangan parti malah rakyat.

“Harapan Baru ini ditubuhkan hanya atas emosi segerombolan bekas pemimpin Pas yang kecewa akibat disingkirkan daripada barisan kepimpinan parti itu pada pemilihan Muktamar yang lepas dan bukannya untuk berbakti atau mewakili rakyat secara telus.

“Kemelut sebegini sememangnya pernah berlaku sebelum ini seperti penubuhan parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim). Apakah rakyat harus terus mempercayai barisan ahli yang tiada prinsip lemah aqidah?,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, penubuhan Harapan Baru juga bakal menjadi punca krisis politik termasuk di Selangor.

“Keahlian mereka yang terlibat dalam penubuhan ini akan tergugur secara automatik daripada Pas dan mereka sudah tidak boleh mewakili Pas lagi di Parlimen walaupun masih kekal sebagai Ahli Parlimen.

“Secara etikanya wajar mereka meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini mereka bertanding atas tiket Pas,” katanya lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

PAS akan pupus tak lama lagi. PARTI AJARAN SESAT.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

PAS mula terima pandangan Umno? Apa makna ni semua, mungkin tuan admin sudah mula merasakan Umno sahabat yang baik? Mungkin lepas ini PAS akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Umno. Selamat bersama dengan Umno wahai pejuang PAS.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.