Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Yes,yes, yes Pokoknya Apa pasal pula nama Anuar kembali berkumandang !


TU LA HANGPA !  CAKAP PANDAI, BILA NAK BAWA HUKUM TUHAN PINDAAN HANGPA TENTANG, PADA HAL HUKUM TU YANG TERBAIK, CONTOH QAZAF TU LAGU NI :

Apabila hangpa membuat tuduhan maka mahkamah minta 4 orang saksi yang  beriman dan tidak fasik, kemudian jika ada saksi maka saksi kena nampak benda alah itu masuk ibarat masuk cicin di jari, pas tu di tanya lagi besaq mana ! adakah mereka berkata apa-apa masa tuh, pendek kata bukan senang nak buat tuduhan sebarangan ...........

 

Tuesday, July 7, 2015


Selepas Haron Din, Hadi Awang Pula Jadi Pembela Najib


 

'Najib bukan malaikat tetapi manusia biasa' - Abdul Hadi

ABDUL HADI: Seperti kes liwat Anwar, tuduhan ke atas Najib juga perlu dikemukakan saksi yang adil.

KOTA BHARU: Sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berasas dan dikemukakan saksi.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Najib bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu.

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.

“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di majlis ‘Madinah Ramadhan’ di sini malam tadi.


 

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri daripada skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

Dr Haron telah menyifatkan dakwaan WSJ itu sebagai “tidak logik” dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu.

Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi.

Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang tersebut oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013.

Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.



Posted by Jeebond BLM.

1 orang berkata:

XUMNO said...

Dua2 pemimpin tertinggi Pas telah menunjukkan akhlak islamik tulin seperti dituntut oleh Allah. Dalam islam pihak yang menuduh mesti membawa bukti kukuh dan empat saksi adil. Dalam undang2 sivil pun prinsipnya seseorang yang dituduh belum bersalah sehingga didapati bukti2 yg jelas dengan saksi2 yang benar. Sesiapa pun boleh membuat tuduhan liar dengan memalsukan bukti dan sebagainya. Dan bagi yang tajam fikirannya, kenyataan TG Haron Din dan TG Hj Hadi sebenarnya adalah sindiran pedas kepada Najib dan umno. Pertama, sekiranya benar Najib mendakwa dia pemimpin jujur, tak masuk akal dia boleh songlap berbilion ringgit! Menyalurkan wang haram ke dalam akaun persendirian adalah kerja orang bodoh. TGHj Hadi pula menempelak Najib dan umno yang tidak mahu menggunakan cara islam dalan kes fitnah Anwar iaitu dengan membawa empat saksi jujur. Sekiranya Najib dan umno mengguna pakai kaedah islam tentulah Anwar tidak didapati bersalah tetapi Saiful yang dikenakan kazaf. Sekarang Najib berhadapan tuduhan amat berat dan sukar dinafikan di bawah undang2 sekular sivil, kerana ia menuntut Najib membuktikan dia tidak bersalah. Andainya Najib didakwa di bawah hudud, beban membuktikan tuduhan itu jatuh pada si penuduh yang mesti membawa emapat saksi jujur. Inilah sebenarnya maksud tersirat disebalik kenyataan dua pemimpin Pas itu, bukan menyokong sebaliknya mebalikkan buah keras kepada Najib dan umno.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.