Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO DENGAN RAKYAT MASUK PAKATAN RAKYAT, KALO DENGAN NAJIB TINGGAL LA DALAM UMNO

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin digesa menyatakan pendirian berhubung beberapa kontroversi yang melanda negara baru-baru ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rakyat perlu tahu pilihan Menteri Belia dan Sukan itu sama ada terus berdiri bersama Najib atau bersama rakyat.


“Ketika negara dilanda begitu banyak isu beberapa minggu ini termasuklah rombakan kabinet dan pemecatan Timbalan Perdana Menteri, serbuan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penahanan beberapa penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta penangkapan rakyat yang hanya menunaikan hak asasi mereka, Khairy masih terus mendiamkan diri.


“Khairy perlu nyatakan pendiriannya, sama ada beliau berdiri bersama Najib dalam hal 1MDB ataupun beliau bersama rakyat Malaysia yang lain termasuk anggota Umno sendiri yang mempersoalkan skandal berbilion ringgit ini,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini. Nik Nazmi dalam pada itu turut melahirkan tanda tanya ke atas sikap berdiam diri Khairy.


“Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) dan barisan Kabinet yang baru telah pun menyatakan niat mereka untuk memperketatkan lagi undang-undang yang akan mengganggu hak asasi rakyat disebabkan 1MDB. Kita juga sedang menyaksikan dengan jelas pemusnahan lanjut institusi-insitusi yang menyemak dan mengimbangi kuasa kerajaan.


“… Saya rasa begitu pelik bagaimana Khairy tidak sedikit pun bersuara sedangkan negara sedang melalui satu kemelut politik yang besar,” tegasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.