Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMBARA BAGAI API DALAM SEKAM


Tuesday, August 4, 2015

Shafie Apdal Balas Dendam Ke Ni?


Susulan dipecat daripada Kabinet, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membatalkan jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada merasmikan mesyuarat Umno bahagian Semporna di Sabah yang dijadualkan pada 15 Ogos ini.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Shafie sebaliknya menggantikannya dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima nasib sama disingkir daripada pentadbiran Najib disebabkan kritikan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Senario politik sudah berubah," kata sumber dalam Umno yang rapat dengan Shafie.

Pegawai Najib yang dihubungi The Malaysian Insider bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas tentang perkara tersebut.

Sementara itu, pegawai Shafie yang kini sedang bersama pulang ke Sabah juga tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai pembatalan jemputan itu dan hanya minta The Malaysian Insider menunggu sehingga 15 Ogos ini.

"Tunggu sehingga 15 Ogos," katanya merujuk kepada tarikh mesyuarat Umno bahagian Semporna. 

Difahamkan, jemputan kepada Najib itu dibuat sebelum rombakan Kabinet Selasa lepas.

Shafie pulang ke Semporna semalam, kerusi Parlimen yang disandang sejak 1995 dan merupakan kepulangan pertama selepas disingkir daripada Kabinet.

Shafie tiba kira-kira jam 11 pagi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan disambut lebih 200 penyokongnya serta deretan kereta mengiringi pulang ke kediamannya di Semporna.

Ribuan orang meraikan Shafie dengan menaikkan kain rentang dan sorakan menyatakan sokongan kepada kepimpinannya walaupun kini tidak berada dalam Kabinet lagi.

Beberapa wakil Pertubuhan Kadasan Dusun Murut Malaysia (KDM), yang mewakili masyarakat bumiputera di negeri tersebut juga hadir bagi menyambut Shafie.

Shafie, bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, adalah salah seorang daripada beberapa menteri yang secara terbuka mempersoalkan cara Najib mengendalikan skandal 1MDB.

1MDB, yang dimiliki Kementerian Kewangan dan cetusan idea Najib, ketika ini sedang disiasat berhubung hutang terkumpulnya mencecah RM42 bilion.

Penyiasat juga melihat kepada dakwaan yang sejumlah RM2.6 bilion wang daripada syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.