Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

lima justifikasi untuk memanggil sidang khas Dewan Rakyat

Lima sebab perlu diadakan sidang khas parlimen

1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak wajar memanggil segera persidangan khas Dewan Rakyat untuk merungkai pelbagai kemelut skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pasca penstrukturan kabinet kerajaan.
 
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, terdapat lima justifikasi untuk memanggil sidang khas Dewan Rakyat bagi tujuan tersebut.
 
"Ia selaras dengan peruntukan Perkara 11 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang memberikan kuasa khas kepada Perdana Menteri dengan hanya memaklumkan kepada Tuan Yang Di-Pertua untuk memanggil mesyuarat khas sebelum jadual rutin yang ditetapkan.
 
“Mesyuarat ketiga penggal ketiga akan diadakan pada 19 Oktober 2015," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
 
Katanya, isu skandal kewangan 1MDB memenuhi kriteria yang mengharuskan sidang khas diadakan iaitu ia adalah perkara yang mustahak dan melibatkan kepentingan orang ramai (rakyat).
 
“Ini dapat dilihat apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas beliau mempertikaikan isu 1MDB ini.
 
“Ia bukan hanya melibatkan sebuah syarikat sahaja malah merangkumi kepentingan rakyat dan keyakinan terhadap kerajaan," katanya.
 
Mengulas lanjut Nasrudin berkata,  tiga justifikasi lain ialah berkaitan kenyataan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara selepas dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.
 
Katanya, pelantikan ini telah menyebabkan prosiding siasatan 1MDB terpaksa ditangguhkan sehingga pengerusi baharu dilantik pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
 
" Tekanan persepsi awam yang negatif terhadap pasukan penyiasat khas skandal kewangan 1MDB selepas perlucutan jawatan Tan Sri Gani Patail sebagai Peguam Negara dan juga anggota penting pasukan penyiasat tersebut.
 
“Kini, kredibiliti Gabenor Bank Negara juga sudah mula dipertikaikan oleh pelbagai pihak sehingga pasukan penyiasat khas ini tidak lagi dilihat kompeten untuk meneruskan penyiasatan kes ini," katanya.
 
Oleh itu, Nasrudin berkata Pas melihat lima justifikasi tersebut sudah cukup mewajarkan sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi menyelesaikan kemelut ini.
 
“Ia hanya memerlukan 'political will' daripada Perdana Menteri,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.