Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR DAN DAP ANGGAP DIRI MEREKA KUAT ?

PKR, DAP singkir diri sendiri: Abdul Hadi

AddThis Sharing Buttons
PKR, DAP singkir diri sendiri: Abdul Hadi
Abdul Hadi (duduk, kanan) bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Bersama NGO sempena Himpunan Fastaqim 2.0, di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal.
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA NERUS - Tindakan PKR dan DAP menyingkirkan Pas bukan satu kerugian kepada parti itu, sebaliknya kedua-dua parti tersebut disifatkan menyingkirkan diri sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menggambarkan tindakan mengetepikan pihaknya langsung tidak mendatangkan masalah kepada Pas.

Menurutnya, keadaan itu memperlihatkan rakan PR tidak mampu menilai kekuatan dimiliki Pas.

"Patut mereka sedar Pas ada 195 kawasan di seluruh negara dan 7,000 cawangan.

"Mereka tidak boleh singkirkan Pas. Kalau mereka singkir Pas, mereka akan terpelanting. Bukan mereka singkirkan Pas tetapi mereka singkirkan diri mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) sempena Himpunan Fastaqim 2.0, di Kuala Terengganu Golf Resort, di Tok Jembal, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Amanah, Hanifa Maidin bahawa gesaan Hadi supaya anggotanya hadir dalam Fastaqim 2.0 sebagai mengarut, beliau menyerahkannya kepada ahli Pas untuk menilainya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kenyataan Ahli Parlimen Sepang itu memberi gambaran bahawa Pas cuba menipu rakyat atau sebaliknya.

"Ahli Pas terdiri daripada kalangan pelbagai pihak bukan sahaja orang kampung, termasuk kalangan profesional, ulama, pensyarah dan bukan Islam.

Sokongan muda bukti Pas tetap berbisa

Sokongan muda bukti Pas tetap berbisa

"Adakah mereka semua ini ditipu? Adakah 200,000 yang hadir ini kena tipu semua?" katanya.
Mengulas mengenai Fastaqim 2.0, Abdul Hadi menegaskan ia merupakan penganjuran besar-besaran sebelum pilihan raya .

Himpunan tersebut juga bakal menyaksikan Pas melancarkan jentera PRU14 di majlis penutup Fastaqim 2.0, esok.

Sementara itu, Abdul Hadi menyerahkan kepada mana-mana parti untuk bertanding di mana-mana kawasan ketika ditanya mengenai hasrat DAP bertanding di Kelantan.

"Negara demokrasi, boleh bertanding di mana sahaja dia nak letak calon asalkan ada kawasan Parlimen, bukan Pulau Kapas, (Pulau) Bidong," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

TOGEL TOGEL....Mari ramai2 masok iklan no.TOGEL...

Anonymous said...

dah keluar keoutusan tikam togel nanti baru tahu menang besar ke tidak , kalu tak tahun ni tahun depan tikam togel

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.